awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar sah pertahan jawatan Presiden PKR

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
09/05/2025
08:00 MYT
Anwar sah pertahan jawatan Presiden PKR
Anwar (foto) mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung tidak lama lagi. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung tidak lama lagi.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan datang.
  • Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli juga mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dan bersedia menghadapi sebarang pertandingan.
  • Pemilihan PKR 2025 dijadual berlangsung pada 23 Mei, dengan Kongres Nasional PKR diadakan pada 24 Mei.

Anwar mencuri perhatian apabila secara bersahaja menyatakan bahawa jawatan Presiden PKR masih kosong kerana beliau belum mengemukakan pencalonan.
Namun, hari ini, beliau mengesahkan komitmennya untuk terus memimpin parti.
“Saya belum daftar lagi, tapi saya akan isi kemudian. Memang saya akan pertahankan jawatan Presiden,” kata beliau ketika ditemui selepas selesai solat Jumaat, di sini, hari ini.
Pengumuman ini sekali gus menamatkan spekulasi bahawa Anwar mungkin tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan kali ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli turut mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dan menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang pertandingan.
Beliau juga menegaskan kesetiaannya untuk terus berkhidmat kepada parti dan rakyat.
Pemilihan PKR 2025 dijadual berlangsung pada 23 Mei ini, dengan Kongres Nasional PKR bakal diadakan pada 24 Mei, menjelang pembentukan semula strategi parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Presiden PKR
#pertahan jawatan
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan