awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar sedia berdebat dengan Najib

Sinar Harian
Sinar Harian
04/04/2022
05:07 MYT
Anwar sedia berdebat dengan Najib
Najib sebelum ini dilaporkan berkata, beliau sedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi, namun Naib Presiden PKR itu perlu memanggil Anwar untuk berdebat sama.
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk berdepan dan berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu kewangan Sapura Energy Berhad.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, ia demi negara dan rakyat malah beliau bersedia pada bila-bila masa boleh berdebat dengan Najib.
“Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela.
“Memetik pantun pendekar Melayu: Tuan Puteri pergi ke Lukut, Bawa pulang kacang panjang, Sedikit pun hamba tak takut, Kalau berani turun gelanggang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Najib sebelum ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi, namun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlulah memanggil Anwar untuk berdebat sama.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika Anwar tidak mahu menyertai debat itu, Rafizi boleh berdebat dengan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.
Tegas Anwar, sikapnya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun yang lalu apabila pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada Najib.
“Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada beliau tapi tidak bersahut,” katanya.
*Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Najib Razak
#debat
#Sapura Energy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan