POLITIK
'Apa bukti Anwar campur tangan?' - Kamil Munim jawab dakwaan Muhyiddin
Kamil turut menyelar tindakan Muhyiddin yang menunggang kenyataan beberapa Ahli Parlimen sebagai cubaan untuk mencetuskan ketidakstabilan politik. - Foto fail/KEADILAN
KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Kamil Munim, menolak dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tentang kebebasan kehakiman negara terjejas selagi Perdana Menteri mempunyai isu undang-undang peribadi.
Menurut Kamil, kenyataan tersebut adalah tidak berasas dan bersifat tuduhan rambang tanpa sebarang bukti konkrit.
“Hakikat bahawa seorang Perdana Menteri dihadapkan dengan proses undang-undang sivil adalah bukti kukuh bahawa badan kehakiman negara bebas dan tiada sesiapa yang kebal di bawah undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa sistem kehakiman yang bebas membenarkan proses undang-undang berjalan tanpa campur tangan eksekutif, dan dakwaan Muhyiddin kononnya Perdana Menteri sedang “mengoyakkan” institusi negara adalah retorik politik yang tidak bertanggungjawab.
Kamil turut menyelar tindakan Muhyiddin yang menunggang kenyataan beberapa Ahli Parlimen sebagai cubaan untuk mencetuskan ketidakstabilan politik.
“Perbezaan pandangan dalam kalangan Ahli Parlimen kerajaan adalah amalan demokrasi yang sihat dan diraikan oleh Kerajaan MADANI, berbeza dengan pentadbiran Muhyiddin yang pernah menutup Parlimen,” tambahnya.
Mengulas isu tarif dan dasar ekonomi, Kamil menjelaskan bahawa keputusan seperti peluasan cukai SST dan kenaikan tarif elektrik dibuat atas pertimbangan fiskal negara dan tidak berkait dengan sebarang usaha untuk mengukuhkan cengkaman terhadap institusi.
Beliau turut mempertahankan tindakan Perdana Menteri merujuk lapan soalan Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai hak undang-undang yang sah dan bukan satu bentuk campur tangan.
“Sehingga hari ini, tidak ada satu bukti pun yang menunjukkan Perdana Menteri melanggari undang-undang atau mencampuri pentadbiran kehakiman,” tegasnya.
Kamil menyifatkan dakwaan Muhyiddin sebagai naratif jahat yang bertujuan menjejaskan kepercayaan awam terhadap institusi negara.