Apa sudah jadi? PKR Selangor adakan mesyuarat tergempar lagi!

Syah Hairizal Kamalul Arifin
April 26, 2018 09:31 MYT
Mesyuarat kali ini dipercayai menjurus kepada menguruskan ketidakpuasan hati setelah ketua cabang tersebut dipinggirkan selama dua penggal. - Gambar fail
Satu mesyuarat tergempar bakal diadakan ahli cabang PKR Kapar di Klang malam ini bersama seorang bekas ahli parlimen.
Ini merupakan mesyuarat tergempar yang kedua dalam tempoh kurang dari 36 jam.
Mesyuarat kali ini dipercayai menjurus kepada menguruskan ketidakpuasan hati setelah ketua cabang tersebut dipinggirkan selama dua penggal.
Sebelum ini, Dewan Undangan Negeri itu disandang seorang calon bukan tempatan yang didakwa tidak melaksanakan tugas sebagai pemimpin tempatan.
Calon terbabit dikatakan dicalonkan sekali lagi untuk Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) dan calon tempatan ditolak.
Sumber rapat Astro AWANI memaklum mesyuarat tersebut dibatalkan selepas perbincangan dengan pucuk pimpinan parti di Selangor.
Ahli-ahli parti dipercayai memberi fokus kepada jentera parti.
#Dewan Undangan Negeri #Klang #Malaysia Memilih #Pilihan Raya Umum ke-14 #PKR #PRU14