[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
POLITIK

Apa yang berlaku di Sabah suatu yang malang - Tun M

Astro Awani 10/05/2018 | 17:06 MYT
Beliau menyifatkan proses pengiraan undi yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak efisien.
"Apa yang berlaku di Sabah adalah suatu yang malang,".
Demikian merupakan reaksi Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya pemberita mengenai situasi yang berlaku di Sabah ketika proses pengiraan undi.
Sambil menyifatkan proses pengiraan undi yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak efisien, beliau melahirkan rasa kasihan terhadap Parti warisan Sabah (Warisan) yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Saya kasihan pada Sabah. Mohd Shafie banyak pengaruh. Tindakan (pengiraan semula) untuk halang (Warisan) Shafie mentadbir," katanya pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya Khamis malam setelah selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.
Sejam selepas Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan majlis mengangkat sumpah melibatkan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Tan Sri Musa Aman.
BACA: Musa Aman kekal Ketua Menteri Sabah
#Pakatan Harapan #Perdana Menteri #Pilihan Malaysia #Sabah #Shafie Apdal #Tun Mahathir Mohamad #Warisan