awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asas kerjasama bukan sahaja retorik, tetapi cerminan keeratan politik sebenar - Zahid

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
05/04/2023
15:14 MYT
Asas kerjasama bukan sahaja retorik, tetapi cerminan keeratan politik sebenar - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan 1444h Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Kedah/Perlis. - Foto BERNAMA
JITRA: Jalinan kerjasama membabitkan kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri khususnya melibatkan negeri-negeri pembangkang tidak harus dibuktikan melalui retorik dan ucapan berasaskan politik semata-mata.
Malah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ia perlu dibuktikan melalui keeratan politik sebenar yang akan menjadi asas kepada pelaksanaan sesuatu dasar serta polisi kerajaan.
Mengulas mengenai jalinan kerjasama membabitkan pusat dan kerajaan negeri Kedah termasuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau secara berseloroh mengatakan ianya bergantung kepada sejauh mana hubungannya dengan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
"(Soal hubungan atau jalinan kerjasama) bergantung kepada sejauh mana hubungan saya dengan YAB Menteri Besar Kedah, tetapi saya yakin ini bukan soal politik tetapi soal asas atau dasar dan polisi.
"Jalinan ini perlu tercermin daripada kerjasama (sebenar), bukan sahaja retorik atau ucapan politik tetapi tetapi keeratan politik yang sebenar.
"(Sudah) tentunya menjadi dasar kerajaan pusat juga (untuk pastikan kerjasama ini berterusan), asalkan kerajaan negeri memberikan reciprocal arrangement (timbal balas yang sama) dengan kerajaan pusat," kata Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Negeri Kedah dan Perlis di Masjid Al-A'la, Jitra pada Rabu.
Pergeseran membabitkan Muhammad Sanusi dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tercetus selepas Menteri Besar Kedah itu mendakwa dihalang menyertai sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan, termasuk hadir Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.
Bagaimanapun, dalam jawapan balas sejurus selepas itu, Ahmad Zahid menafikan terdapat surat rasmi atau pekeliling yang melarang Menteri Besar Kedah itu menghadiri sebarang acara rasmi kerajaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#kerajaan kerajaan persekutuan
#Kerajaan negeri Kedah
#Ahmad Zahid Hamidi
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan