POLITIK
Aspek keselamatan akan diperkukuh semasa pemilihan PKR di Selangor
AMIRUDIN: Kita kena perkukuh sistem dan aspek keselamatan.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menaruh keyakinan bahawa sistem e-undi akan menjadi semakin baik menjelang proses pengundian Pemilihan PKR di negeri ini pada bulan depan.
Beliau pada masa sama akan memastikan aspek keselamatan ketika proses pengundian diperkukuh bagi mengelak insiden yang berlaku ketika pemilihan parti di Kedah dan Pulau Pinang baru-baru ini, daripada berulang.
"Selangor akan menjadi antara tempat terakhir (pemilihan PKR) dan tempat terakhir ini biasanya mereka akan accumulate experience... makin lama makin pandai (gunakan sistem e-undi).
"Yang penting sekarang kita kena perkukuh sistem dan aspek keselamatan bagi mengelakkan timbul masalah," katanya pada sidang media selepas melancarkan Selangor Cyber Games 2018 di sini, hari ini.
Amirudin, yang turut bertanding bagi merebut kerusi Majlis Pimpinan Pusat pada pemilihan itu, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, bahawa sistem e-undi akan diteruskan bagi proses pemilihan PKR dengan penambahbaik sistem itu.
Pelaksanaan e-undi pada 22 Sept lepas, menimbulkan beberapa masalah ketika proses pengundian pemilihan PKR di Kedah dan Pulau Pinang, menyebabkan proses pemilihan di Kedah dibatalkan sementara pemilihan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka ditangguh ke tarikh lain.
Proses pengundian pemilihan parti di Selangor ditetapkan pada 14, 21 dan 28 Okt ini dan setakat ini, keanggotaan PKR di negeri berkenaan seramai 24,000 orang.
Mengenai Selangor Cyber Games 2018, Amirudin berkata acara tahunan yang memasuki tahun kelima penganjurannya akan diadakan di Empire City, Petaling Jaya pada 27 dan 28 Okt ini.
Katanya, e-sukan itu melibatkan 2,200 peserta dalam enam jenis permainan iaitu Dota 2, Player's Unknown Battleground (PUBG), Fifa 19, PES 19, Tekken 7 dan Mobile Legends, yang bakal merebut hadiah terkumpul RM250,000.
Selain itu, beliau berkata buat pertama kalinya pihak penganjur iaitu Majlis Sukan Selangor, Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez, memperkenalkan acara istimewa 'Push The Limit Lan Party by Zotac' yang bakal berlangsung selama 48 jam bermula 26 hingga 28 Okt, di mana para pemain akan berkumpul, beriadah, melakukan aktiviti team building serta berkongsi idea.
"Antara objektif acara ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dengan menjadikan e-sukan sebagai medium, selain untuk menarik minat pelabur atau syarikat pembangun permainan video ke Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai antara negara terpenting dalam industri e-sukan.
"Pendaftaran untuk menyertai Selangor Cyber Games 2018 telah dibuka dan boleh diakses dalam laman sesawang www.selangorcybergames.net. Slot bermain adalah berdasarkan kepada 'First Come First Serve' dan akan ditutup setelah semua slot penuh," katanya.
-- BERNAMA