Azalina dilantik Penasihat Khas PM

Hakim Rahman
Oktober 2, 2021 02:01 MYT
Azalina Othman Said menerima surat pelantikannya daripada Ismail Sabri Yaakob pada Khamis. - Foto Facebook/Azalina Othman Said
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi) kepada Perdana Menteri.
Difahamkan beliau telah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.
Ahli Parlimen Pengerang itu berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keyakinan beliau untuk melantiknya ke jawatan berkenaan.
"Terima Kasih YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas kepercayaan. Insya-Allah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara.
Sumber Facebook ybaos
#Azalina Othman Said #Dewan Rakyat #ismail sabri yaakob #Penasihat Khas