awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azman Ching calon Cina boleh tulis Jawi

Sinar Harian
Sinar Harian
04/05/2018
09:49 MYT
Azman Ching calon Cina boleh tulis Jawi
SATU-satunya calon daripada 222 Parlimen Pilihan Raya Umum ke-14 dari keturunan Cina yang boleh menulis Jawi termasuk khat, kaligrafi Cina dan tulisan Purba Cina.
Meskipun dilahirkan dalam keturunan Cina, ia tidak menghalang calon Barisan Nasional Parlimen Klang, Datuk Ching Eu Boon untuk mempelajari tulisan Jawi berikutan minat yang mendalam dalam ilmu berkenaan.
Menariknya, anak jati Klang yang lebih dikenali sebagai Azman Ching itu turut mempunyai nama melayu, bukan sahaja penduduk Melayu yang memanggilnya dengan panggilan Azman Ching bahkan juga penduduk Cina dan lain-lain.
Azman Ching berkata, ia bermula daripada minatnya kepada kaligrafi Cina sebelum beralih kepada khat dan tulisan jawi.
"Saya dibesarkan dalam kawasan Klang - satu-satunya calon daripada 222 parlimen pada PRU14 dari keturunan Cina yang boleh menulis Jawi termasuk khat, kaligrafi Cina dan tulisan Purba Cina.
Meskipun dilahirkan dalam keturunan Cina, ia tidak menghalang calon BN Parlimen Klang, Datuk Dr Ching Eu Boon untuk mempelajari tulisan jawi berikutan minat yang mendalam dalam ilmu berkenaan.
Menariknya, anak jati Klang yang lebih dikenali sebagai Azman Ching itu turut mempunyai nama melayu, bukan sahaja penduduk Melayu yang memanggilnya dengan panggilan Azman Ching bahkan juga penduduk Cina dan lain-lain.
Azman Ching berkata, ia bermula daripada minatnya kepada kaligrafi Cina sebelum beralih kepada khat dan tulisan jawi.
"Saya dibesarkan dalam kawasan penempatan masyarakat Melayu, setiap kali ke warung untuk minum saya selalu meluahkan minat itu kepada pakcik-pakcik Melayu di situ.
"Mereka merasa pelik dan hairan kerana seorang anak Cina mahu mempelajari tulisan yang sinonim dengan masyarakat Melayu Islam," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, melihatkan keinginan dan minatnya yang mendalam terhadap tulisan itu, mereka mengajar cara menulis jawi bermula daripada asas ejaan alif, ba, tha dan seterusnya.
"Mereka juga bantu saya beli buku-buku yang berkaitan untuk memudahkan saya mempelajarinya," katanya.
Pada masa sama, beliau yang fasih berbahasa Melayu itu berkata, dia kemudiannya meneruskan pengajian Bahasa Melayu di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Selatan di Johor (asal dari Singapura yang dahulunya dikenali Universiti Nanyang).
"Setahun saya belajar di sana dengan turut mempelajari tulisan Jawi akhirnya saya berjaya.
"Apa yang menariknya setiap kali peperiksaan saya memperoleh markah 100," katanya.
Selain belajar tulisan itu, katanya, dia juga dapat memahami Agama Islam dan budaya melayu yang sebenar.
"Meskipun saya berdarah Cina namun budaya masyarakat Melayu sudah sebati dalam diri saya sejak kecil hingga kini.
"Walaupun bukan beragama Islam, saya sentiasa berpegang kepada konsep 'hablum minannas' yang merujuk kepada hubungan sesama manusia, meskipun kita berlainan bangsa dan keturunan namun kita dilahirkan untuk saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain," katanya.empatan masyarakat Melayu, setiap kali ke warung untuk minum saya selalu meluahkan minat itu kepada pakcik-pakcik Melayu di situ.
"Mereka merasa pelik dan hairan kerana seorang anak Cina mahu mempelajari tulisan yang sinonim dengan masyarakat Melayu Islam," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, melihatkan keinginan dan minatnya yang mendalam terhadap tulisan itu, mereka mengajar cara menulis jawi bermula daripada asas ejaan alif, ba, tha dan seterusnya.
"Mereka juga bantu saya beli buku-buku yang berkaitan untuk memudahkan saya mempelajarinya," katanya.
Pada masa sama, beliau yang fasih berbahasa Melayu itu berkata, dia kemudiannya meneruskan pengajian Bahasa Melayu di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Selatan di Johor (asal dari Singapura yang dahulunya dikenali Universiti Nanyang).
"Setahun saya belajar di sana dengan turut mempelajari tulisan Jawi akhirnya saya berjaya.
"Apa yang menariknya setiap kali peperiksaan saya memperoleh markah 100," katanya.
Selain belajar tulisan itu, katanya, dia juga dapat memahami agama Islam dan budaya melayu yang sebenar.
"Meskipun saya berdarah Cina namun budaya masyarakat Melayu sudah sebati dalam diri saya sejak kecil hingga kini.
"Walaupun bukan beragama Islam, saya sentiasa berpegang kepada konsep 'hablum minannas' yang merujuk kepada hubungan sesama manusia, meskipun kita berlainan bangsa dan keturunan namun kita dilahirkan untuk saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain," katanya.
Topic Berkaitan
#Azman Ching
#Barisan Nasional
#JAWI
#kaligrafi
#Malaysia Memilih
#Melayu
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan