awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin

Bernama
Bernama
28/11/2024
15:24 MYT
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook malam ini, turut mengumumkan Datuk Seri Rina Harun sebagai Bendahari Agung Bersatu dan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sebagai Ketua Penerangan parti itu, untuk sesi sama.
"Saya berdoa agar mereka yang dilantik akan menjalankan tugas-tugas yang termaktub di dalam Perlembagaan Bersatu dengan amanah, cekap dan berintegriti," katanya.
Menerusi hantaran itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada bekas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, bekas Bendahari Agung Datuk Mohamed Salleh Bajuri dan bekas Ketua Penerangan Datuk Razali Idris, di atas segala jasa dan khidmat bakti mereka kepada parti.
Pada 13 Julai, Muhyiddin berkata bahawa beliau telah diberi mandat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk berunding dengan barisan kepimpinan parti, bagi memastikan pemilihan pada Oktober tidak mengakibatkan perpecahan dalam parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Amanah
#Bersatu
#barisan kepimpinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan