POLITIK

Azmin sedia bekerjasama dengan Anwar

Rahimah Abdullah 21/07/2019 | 15:10 MYT
MOHAMED AZMIN: Kita telah bersama-sama sejak sekian lama. - Gambar fail/BERNAMA
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau sedia bekerja sebagai satu pasukan dengan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan parti.
Kenyataan itu senada dengan kenyataan Anwar yang menyatakan akan tetap bekerjasama bersama timbalannya itu.
“Ya, beliau adalah presiden parti dan saya timbalan presidennya. Kamu janganlah lakukan provokasi terhadap presiden dan timbalan.
"Kita telah bersama-sama sejak sekian lama,” katanya kepada media selepas Majlis Doa Kesyukuran untuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini pada malam Ahad.
BACA: Anwar akan terus bekerjasama dengan Azmin
Mohamed Azmin berkata demikian ketika ditanya sama ada belia bersedia bekerjasama dengan Anwar.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai resolusi yang ditandatangani bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar di Port Dickson, ini jawapan beliau: “Alhamdulillah bagus. Maknanya Keadilan bersatu."
Bagaimanapun Mohamed Azmin tidak memaklumkan sama ada beliau menandatangani resolusi berkenaan ataupun tidak.
#Anwar Ibrahim #Azmin Ali #Port Dickson #Presiden PKR #Timbalan Presiden PKR