[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
POLITICS

Azmin tekad pertahan kerajaan pakatan negeri Selangor

Hafiz Marzukhi 03/10/2015 | 04:03 MYT
AZMIN: Keutamaan saya adalah muafakat yang sudah dicapai antara parti sebelum ini. - Gambar Fail
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau akan mempertahankan muafakat yang dibentuk antara parti-parti pembangkang ketika pilihan raya umum lalu.
"Kita sudah adakan beberapa siri perbincangan dengan semua pihak.
"Namun, keutamaan saya adalah muafakat yang sudah dicapai antara parti sebelum ini," katanya pada Majlis Perasmian Gudang Baru Baiduri Dimensi Sdn Bhd di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan perubahan komposisi dalam pentadbiran Selangor berikutan penubuhan Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan dibentuk selepas Pakatan Rakyat dikatakan tidak lagi berfungsi dengan ketiadaan Pas.
Ia terdiri daripada tiga parti politik, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
#Azmin Ali #Pakatan Rakyat #PKR #politik #Selangor