POLITIK
Banteras politik identiti jika mahu raih, kekal kemenangan - Dzulkefly
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjawab pertanyaan media pada Perasmian Konvensyen Negeri Perak Parti Amanah Negara 2025 hari ini. - Foto Bernama
IPOH: Politik identiti yang bersifat merendahkan kelompok lain serta menggunakan agama atau etnik perlu dibanteras, bagi memastikan kemenangan dan kelangsungan dalam pilihan raya, kata Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Ringkasan AI
Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan berkata politik identiti menjadi antara punca perpecahan dalam parti atau gabungan politik, maka pendekatan yang lebih inklusif dan berprinsip perlu diutamakan.
"Sangat mustahak untuk kita membanteras politik identiti, sebaliknya menjunjung politik berprinsip serta menolak total politik identiti sempit yang menghancurkan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak di sini hari ini, dengan tema "Menang Bersama".
Turut hadir Pengerusi Amanah Perak Datuk Asmuni Awi.
Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Dzulkefly berkata rundingan sedang berjalan dengan penuh hikmah dan berharap permohonan parti itu untuk bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dapat dipertimbangkan.
Terdahulu, Naib Presiden Amanah Adly Zahari berkata permohonan untuk bertanding di lima kerusi telah dikemukakan melalui perbincangan bersama kepimpinan Pakatan Harapan, selain rundingan dengan Barisan Nasional (BN) dan GRS.
DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan politik identiti berasaskan agama atau etnik perlu dibanteras kerana ia memecahbelahkan parti dan gabungan.
- Dzulkefly menyeru agar politik berprinsip dan inklusif diutamakan demi perpaduan dan kelangsungan kemenangan pilihan raya.
- Amanah memohon lima kerusi DUN untuk PRN Sabah ke-17, dengan rundingan bersama Pakatan Harapan, BN dan GRS sedang berlangsung.