MUAR: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi, adalah bukti pelepasan daripada kezaliman yang amat dahsyat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan berkenaan juga tidak menjejaskan perjalanan kempen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedang berlangsung ketika ini.
Malahan kebenaran yang berjaya ditegakkan itu secara tidak langsung dilihat mampu menambah nilai sokongan pengundi kepada Kerajaan Perpaduan pada PRK di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Sabtu ini.
“Kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ini memberi kesan yang amat positif kerana akhirnya kebenaran dapat ditegakkan dan saya tahu pihak yang tidak suka mesti melihat ianya dari sudut negatif.
“Siapa yang melihat dari sudut yang berbeza bererti, betulkanlah pandangan mereka bahawa ini adalah pelepasan daripada kezaliman yang amat dahsyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi walkabout di Taman Pertama Indah bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman di Taman Pertama Indah, Muar hari ini.
Mengulas lanjut katanya, keputusan itu juga tidak perlu diperjelaskan memandangkan Jabatan Peguam Negara sudah mengeluarkan kenyataan yang cukup jelas berhubung keputusan itu.
“Ada pihak yang minta penjelasan Peguam Negara (dan) saya nak beritahu mereka Jabatan Peguam Negara telah menyatakan 11 alasan berhubung perkara itu.
“Kemudian ada lagi siaran akhbar yang ringkas daripada Jabatan Peguam Negara menyatakan apa yang mereka buat itu diperakui oleh Hakim, jadi itulah (keputusannya),” tambahnya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.
Pihak pendakwaan mengemukakan 11 alasan ketika memohon kepada mahkamah.
Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan kemudiannya memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan alasan yang dikemuka dan diterima oleh mahkamah.
Kenyataan itu memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang membuat keputusan terbabit sudah menyatakan alasan dikemuka pihak pendakwaan adalah kukuh.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Sep 07 2023
Ahmad Maslan ditemui media selepas sesi walkabout di Taman Pertama Indah bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman di Taman Pertama Indah, Muar hari ini.- Foto Astro AWANI
PGA9 gagalkan cubaan seludup 150,000 rokok
Rampasan dilakukan selepas anggota yang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
AWANI Ringkas: Mampukah Pearly-Thinaah muncul juara?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia-Ukraine: Tukar 206 tahanan dalam masa dua hari
Rusia dan Ukraine melakukan pertukaran besar-besaran 206 tahanan, pada Sabtu.
MAHA 2024: Tumpuan penuh kepada sektor padi dan beras, serta ruminan - Mat Sabu
Menuju ke hadapan, kementerian telah mengenal pasti dua negeri lagi yang boleh membantu dalam mengembangkan lagi sektor padi dan beras negara.
Ribuan turun ke jalanan tuntut pembebasan tebusan
ibuan penunjuk perasaan berhimpun di Tel Aviv pada Sabtu bagi menyeru kerajaan Israel untuk berbuat lebih banyak bagi mendapatkan pembebasan tebusan yang masih ditahan di Gaza selepas 11 bulan.
Derma pakaian: PM Britain didakwa langgar peraturan Parlimen
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer telah melanggar peraturan parlimen dengan tidak mengisytiharkan seorang ahli perniagaan kaya dan penderma Parti Buruh membeli pakaian mewah untuk isterinya, Victoria.
Aksi persahabatan intensiti tinggi bantu persiapan skuad muda negara ke Piala Asia
Garrido yakin saingan berintensiti tinggi berdepan lawan lebih berusia membentuk kecerdasan taktikal lebih baik dalam diri anak buahnya.
Ribuan turun ke jalanan Tel Aviv tuntut pembebasan tebusan
Protes besar-besaran telah menuntut pemimpin Israel berbuat lebih banyak bagi memastikan semua tebusan dibebaskan.
Penunggang motosikal maut nahas enam kenderaan
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux berkenaan mengundur keluar dari sebuah kedai makan celup tepung.
EPL: Haaland pastikan City lakar kebangkitan sebelum menang
Kemenangan itu memastikan City kekal di puncak dengan 12 mata, mendahului tiga mata ke atas Liverpool.
Penggunaan BIM perlu diperluas kepada pembinaan pembetungan, jalan raya - Ahmad
Ahmad turut mencadangkan agar universiti dan syarikat pembinaan tempatan bekerjasama dalam membangunkan perisian BIM keluaran Malaysia.
Jangan leka kejayaan di Nenggiri - Ahmad Maslan
Ahmad menggesa barisan jentera parti semua terus fokus membuat persiapan rapi.
SK Taman Agropolitan Gua Musang dijangka siap Januari 2025 - Ahmad Maslan
Projek yang bermula pada 27 Julai 2022 itu, kini 40 peratus siap dan sedang dalam fasa pemasangan struktur IBS untuk bangunan utama sekolah.
PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan
Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian - Ahmad Maslan
Ahmad berkata dakwaan Muhammad Jailani semalam bahawa tuntutan denda daripada UMNO itu bertujuan menjadikannya muflis, adalah alasan semata-mata.
Kerajaan setuju bayar pampasan kepada 177 pemilik rumah, rumah kedai di laluan LTU
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi pampasan kepada 177 pemilik rumah dan rumah kedai yang berada di sepanjang laluan pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU).
DUN Nenggiri perlu bantuan Kerajaan Pusat, bawa projek untuk rakyat - Ahmad Maslan
Katanya, CSR itu merupakan hadiah kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan dan segala pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk mereka.
KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi
Ahmad Maslan berkata tambahan peruntukan berkenaan amat diperlukan kerana kos mempatenkan sesuatu produk inovasi memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak termasuk kos penghasilannya.
PRK: Anak Sungai Bakap diseru balik kampung mengundi Sabtu ini
Pengundi DUN Sungai Bakap yang tinggal di luar kawasan diseru supaya memanfaatkan cuti panjang hujung minggu ini untuk pulang mengundi.
PRK Sungai Bakap: Jentera UMNO berfungsi dengan baik - Ahmad Maslan
Jentera UMNO yang diturunkan untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin menjalankan peranannya dengan baik.