awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam

Beberapa pimpinan Bersatu Selangor nyatakan minat sertai DAP – Muhammad Najmi

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2026
13:45 MYT
Beberapa pimpinan Bersatu Selangor nyatakan minat sertai DAP – Muhammad Najmi
Muhammad Najmi berkata beberapa pimpinan Bersatu Selangor telah bertemu beliau bagi menyatakan hasrat untuk menyertai DAP. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Selangor telah berjumpa Pengerusi DAP Cawangan Wangsa Permai Kepong, Muhammad Najmi Samsudin bagi menyatakan hasrat untuk menyertai DAP.

Ringkasan AI
  • Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor berjumpa Pengerusi DAP Cawangan Wangsa Permai Kepong, Muhammad Najmi Samsudin, untuk menyatakan niat menyertai DAP sebagai respons terhadap keadaan dalaman Bersatu yang serabut.
  • Muhammad Najmi menyambut baik penyertaan Bersatu ke dalam DAP sekiranya dilakukan secara jujur dan terbuka, berikutan kebimbangan terhadap ketidakstabilan dalam Bersatu akibat konflik dalaman dan hubungan yang tidak harmoni dengan Pas dalam Perikatan Nasional (PN).
  • Najmi menegaskan kesediaan DAP Cawangan Wangsa Permai Kepong untuk menerima pimpinan dan ahli Bersatu demi memperkukuh parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), khususnya dalam menarik sokongan pengundi Melayu serta mengekalkan kesatuan masyarakat.

Menerusi hantaran di media sosial DAP Cawangan Wangsa Permai Kepong, katanya sebagai ketua cawangan DAP yang mempunyai keahlian Melayu paling ramai, Muhammad Najmi berkata, beliau mengalu-alukan penyertaan tersebut sekiranya dibuat secara ikhlas serta jelas dengan hala tuju parti.
“Mereka beritahu Bersatu ketika ini dalam keadaan berserabut. Hubungan keruh dengan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) ditambah pula konflik dalaman antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” katanya.
Menurut Muhammad Najmi, pimpinan dan akar umbi Bersatu turut mempersoalkan keupayaan parti itu untuk bergerak dan mentadbir negara sekiranya pertikaian dalaman terus berlarutan.
“Bagaimana mereka mahu bekerja untuk parti jika pimpinan atasan sering berbalah sesama sendiri, dan persoalan lebih besar ialah bagaimana Bersatu mahu memerintah negara jika masing-masing membawa agenda peribadi,” ujarnya.
View this post on Instagram
A post shared by DAP Wangsa Permai Kepong (@dapwangsapermai)
Sebelum ini, Najmi mencuri perhatian apabila menyatakan kesiapsiagaan DAP Cawangan Wangsa Permai Kepong untuk berdepan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan menggerakkan ahlinya ke seluruh negara.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya bersedia menguruskan kemasukan pimpinan dan akar umbi Bersatu ke dalam DAP dalam masa terdekat bagi memperkukuh kedudukan parti menjelang PRU16, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu.
“Kita tidak boleh lagi membiarkan masyarakat Melayu diperkotak-katikkan oleh segelintir pemimpin yang rakus dan memanipulasi bangsa sendiri demi kepentingan politik. Bangkitlah bersama DAP,” katanya.
Topic Berkaitan
#DAP
#UMNO
#Perikatan Nasional
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.