awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas exco Pemuda Umno dakwa KJ tidak jujur selar Baju Merah

Nuradilla Noorazam
Nuradilla Noorazam
15/10/2016
12:03 MYT
Bekas exco Pemuda Umno dakwa KJ tidak jujur selar Baju Merah
Mohd Rafiq Naizamohideen mendakwa Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak jujur sewaktu beliau menyelar tindakan ganas anggota Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai kumpulan Baju Merah. - Foto Astro AWANI
Mantan Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen mendakwa Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak jujur sewaktu beliau menyelar tindakan ganas anggota Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai kumpulan Baju Merah.
Menurutnya, Khairy sebagai Ketua Pemuda mengetahui bahawa kumpulan Gerakan Baju Merah turut terdiri daripada ahli-ahli Pemuda Umno.
Malah katanya sesetengah dari ahli Umno yang aktif dalam kumpulan itu termasuk mereka yang mempunyai jawatan dan dikenali ramai.
"Walaupun Khairy kecam gerakan Baju Merah, takkanlah dia sendiri sebagai Ketua Pemuda tidak tahu yang terdapat ahli Umno dalam gerakan tersebut," katanya sewaktu sidang media di ibu negara, hari ini.
Mohd Rafiq berkata Khairy mempunyai keupayaan dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pemuda untuk mengeluarkan arahan melarang ahli Umno dari menyertai gerakan tersebut.
"Beliau boleh keluarkan arahan menghalang ahli Umno dari menyertai Baju Merah tetapi beliau tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sebelum itu," katanya.
Khairy pada 9 Oktober lalu menyelar tindakan segelintir ahli kumpulan Baju Merah yang dilaporkan menyerang dan bertindak ganas terhadap seorang peserta konvoi Bersih 5.0 di Sabak Bernam,Selangor.
Dalam pada itu Mohd Rafiq turut mendakwa akan ada penghijrahan besar-besaran anggota Umno di Melaka termasuk yang berjawatan dan menyertai parti baharu.
Pada awal September lalu, Lembaga Disiplin Umno telah menggantung keahlian Mohd Rafiq selama enam tahun atau dua penggal pemilihan kerana didapati menghasut dan merancang melakukan sabotaj terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Idris Haron melalui satu program bicara bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dicadangkan dianjurkan di Melaka pada tahun lepas.
"Bukan satu rahsia lagi dan diketahui umum bahawa Idris, yang juga Ketua Menteri Melaka, amat memusuhi saya," katanya.
Mohd Rafiq bersama 28 ahli Umno yang mendakwa mempunyai jawatan di peringkat bahagian dan cawangan mengumumkan keputusan mereka untuk keluar dari parti Umno
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah mantan Ketua Pemuda Umno bahagian Semporna, Sabah, Datuk Mohd Azis Jamman.
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#Bersih
#Exco Pemuda UMNO
#KHAIRY
#KJ
#Mohd Rafiq Naizamohideen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan