SHAH ALAM: Dua bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).
Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa turut mengumumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar dan penceramah terkenal, Ridhuan Tee Abdullah ke jawatan tersebut.
Beliau mengumumkan pelantikan itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi MN kali pertama pada Sabtu selepas badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan ditubuhkan bulan lalu.
Zuraida yang merupakan bekas Ahli Parlimen Ampang dipecat daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 27 Disember lalu bersama 10 individu lain selepas didakwa melanggar disiplin parti manakala Mohd Redzuan adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Antara nama lain yang disenaraikan dalam MN adalah bekas Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan; Badrul Hisham Shaharin (Bersatu), Dr Mohd Zuhdi Marzuki (Pas), Datuk Budiman Zohdi (UMNO), Datuk Wah Idris (komposer) dan Jasper Suppayah (selebriti).
Dalam pada itu Annuar turut mengumumkan MN akan menubuhkan bahagian di peringkat negeri, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di semua 222 kerusi Parlimen ekoran mendapat banyak permohonan menjadi ahli di seluruh negara.
Walaupun struktur NGO itu menyerupai sebuah parti politik, Annuar menegaskan MN akan kekal tidak berpolitik kerana sudah terlalu banyak parti di negara ini.
Sejak dibuka untuk pendaftaran, MN mempunyai lebih 25,000 ahli daripada pelbagai parti dan kalangan golongan profesional. — Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 07 2023

Zuraida dan Mohd Redzuan dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN). - Sinar Harian

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Jual pasir ke Pulau Pinang: Kenapa tidak? - MB Perak
Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Penyanyi legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto meninggal dunia
Berita pemergian Gilberto dikongsi oleh ahli keluarganya di media sosial.

Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional
Kegagalan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas harus dijadikan pengajaran agar tidak berulang dalam Kerajaan Perpaduan.

Annuar Musa bertemu Tun Mahathir, bincang isu semasa politik negara
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ahad.

Saya akan pilih parti yang 'berhaluan baik' - Annuar Musa
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menegaskan akan memilih dan menyertai parti politik yang 'berhaluan baik' sebaik kembali aktif berpolitik selepas Syawal.

Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa
Annuar berkata, buat masa ini beliau mahu menyelesaikan dulu ibadat sunat tersebut.

UMNO 'husnuzon' terhadap Muafakat Nasional - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap 'husnuzon' (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).

Bekas menteri, Zuraida dan Mohd Redzuan dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Dua bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).

MN tidak akan didaftarkan sebagai parti politik - Annuar
Perkara tersebut tidak akan berlaku ekoran enggan melihat lebih banyak parti yang memecahbelahkan orang Melayu.

Annuar hormati keputusan personaliti tarik diri sertai MN
Kata Annuar, pendukungnya perlu komited, istiqamah dan reda serta ikhlas dalam berkhidmat.

Ummi Nazeera pula tarik diri daripada MN
Keputusan itu diambil selepas mengambil kira kegusaran ramai mengenai penglibatannya dalam dunia politik.

'Lebih baik saya neutral'- Jamal Abdillah tarik diri dari Muafakat Nasional
Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah memaklumkan menarik diri dari menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) atas faktor prinsip yang disifatkan tidak sesuai dengan dirinya.