[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla kini di zon berisiko tinggi menuju Gaza. Ikuti perkembangan di sini
POLITICS

Bekas pemimpin UMNO dipecat tak minat sertai PAU

Sinar Harian 04/06/2023 | 00:20 MYT
Bekas pemimpin UMNO dipecat itu mengakui tidak akan menghadiri sebarang aktiviti parti selagi ia diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan tidak berminat menghadiri Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bermula 7 Jun ini.

Bekas pemimpin UMNO dipecat itu mengakui tidak akan menghadiri sebarang aktiviti parti selagi ia diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Selagi presidennya (Ahmad) Zahid. Saya tidak berminat untuk hadir,” katanya.

BACA: Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid

Pada Jumaat, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu sedia menjemput bekas ahli yang dipecat, namun hanya perwakilan dibenar memasuki Dewan Merdeka WTC.

Beliau secara berseloroh mempelawa mereka yang dipecat daripada parti itu untuk datang memperbaharui ‘samping’ UMNO. - Sinar Harian




#tun faisal ismail aziz #UMNO #PAU 2023 #ahli dipecat