awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan sertai DAP

Bernama
Bernama
23/07/2023
02:50 MYT
Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan sertai DAP
Lim (tiga, kanan) menerima borang keahlian DAP daripada Mohd Zulkifli (dua, kiri) di Kota Bharu malam tadi. Turut hadir, Azaha (tiga, kiri). --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Mohd Zulkifli Zakaria menyertai DAP selepas menyerahkan borang keahliannya kepada wakil parti berkenaan malam tadi.
Turut menyertai beliau ialah 12 orang penaja cawangan DAP yang akan diwujudkan di Bachok dalam tempoh waktu terdekat.
Mohd Zulkifli berkata ketika ini sudah ada dua cawangan DAP dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Irama di Parlimen Bachok, dan banyak lagi cawangan akan diwujudkan di dalam kawasan DUN Jelawat serta Tawang, yang juga berada dalam kawasan Parlimen Bachok.
"Kita juga akan turun membantu jentera DAP, Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keahliannya itu kepada Pengerusi DAP negeri Datuk Azaha Abdul Rani.
Turut hadir Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying.
Sebelum ini semua jawatan yang disandang Mohd Zulkifli dalam Bersatu gugur secara automatik selepas beliau bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#Bersatu
#Kelantan
#Mohd Zulkifli Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan