'Belajarlah jadi Kerajaan' - Ahmad Zahid

Harits Asyraf Hasnan
Julai 18, 2018 10:08 MYT
Sesi perbahasan hari ini dicemari insiden pertikaman lidah antara Ahli-ahli Parlimen yang menyebabkan sesi perbahasan terganggu. - Gambar fail
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati Ahli Parlimen Kerajaan untuk mempelajari dengan mendalam berkenaan proses perjalanan Dewan Rakyat.
Ujarnya, Ahli Parlimen tidak sepatutnya merampas laluan perbahasan Ahli Parlimen lain secara semberono.
"Saya rasa mereka patut belajar lebih lagi terutama berkenaan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Mereka patut belajar. Jangan secara semberono merampas (laluan perbahasan).
"Mereka bukan lagi pembangkang, mereka adalah Kerajaan. Mereka patut belajar dan bersikap seperti Kerajaan," ujarnya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau sebelum itu membahaskan Titah Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang merasmikan Majlis Parlimen Ke-14.
Pada sesi perbahasan hari ini, beberapa kali tercetus pertikaman lidah antara Ahli-ahli Parlimen yang menyebabkan sesi perbahasan terganggu.
Artikel berkaitan dari Dewan Rakyat hari ini:
BACA: Kerajaan sedia semak semula akta berkaitan peruntukan kewangan
BACA: HSR bukan RM55bil, ada kos tersembunyi tak didedahkan - Azmin
BACA: Label Pemuda UMNO gengster, Ramkarpal, Ahli Parlimen pertama diarah keluar Dewan
#Ahli Parlimen Kerajaan #Ahmad Zahid Hamidi #Dewan Rakyat