KUALA LUMPUR:Sesi pengundian Belanjawan 2021 pada Khamis menimbulkan persoalan sama ada ia akan diluluskan atau sebaliknya, kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.
Menurutnya belum pernah berlaku belanjawan tidak diluluskan selepas dibentang dan dibahaskan.
Beliau menjelaskan banyak perkara yang membuatkan Belanjawan 2021, yang juga belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN), sukar diramal akan diluluskan atau tidak.
Noh berpendapat kedudukan parti yang tidak menguasai kerajaan membuatkan ahli-ahli Parlimen kerajaan bebas menentukan sama ada menyokong atau tidak.
"Bila kerajaan ini ditubuhkan, kita buat kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional adalah gabungan ahli-ahli Parlimen yang mana ia tidak mewakili parti.
"Jadi sebab itu hari ini bila kata parti menguasai kerajaan tidak tepat.
"Maka bila parti tidak menguasai kerajaan, maka ahli-ahli Parlimen mempunyai pandangan tersendiri; bila ada pandangan sendiri itu yang sukar," katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.
Menjawab sama ada akan menyokong atau tidak belanjawan 2021, Noh menjelaskan ramai anggota Dewan Rakyat dari UMNO mengambil sikap tunggu dan lihat.
Ini kerana, mereka perlu melihat apakah menteri-menteri terutama Menteri Kewangan akan memberikan sesuatu yang dimahukan oleh rakyat.
"Kalau kita dengar esok jawapan Menteri Kewangan itu boleh menyakinkan kita dan boleh memberikan kebaikan kepada rakyat, kenapa tidak kita sokong.
"Tetapi kalau kita dengar jawapan-jawapan menteri yang mana tidak seperti yang rakyat mahu, kalau kita sokong nanti rakyat marah kita pula. Jadi (kita) wait and see," katanya lagi.
Noh menjelaskan apa yang disuarakan oleh ahli-ahli Parlimen UMNO ketika perbahasan Belanjawan 2021 merupakan suara hati rakyat yang perlu diambil kira oleh kerajaan.
Beliau menjelaskan kerajaan tidak boleh mengambil mudah ahli-ahli Parlimen pembangkang kerana ada di antara mereka pernah menjadi anggota Kabinet ketika Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
Astro Awani
Wed Nov 25 2020

Noh berpendapat kedudukan parti yang tidak menguasai kerajaan membuatkan ahli-ahli parlimen kerajaan bebas menentukan sama ada menyokong atau tidak. - Gambar Fail

'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.

Isu Palestin-Israel | Dunia perlu hukum Israel ekoran kekejamannya
Dunia seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap rejim zionis atas kekejaman dilakukan kepada penduduk Palestin.Demikian tegas Jurucakap Khas mengenai Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francessca Albenese.

Perniagaan Francais | KPDNHEP mohon peruntukan tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memohon tambahan peruntukan dari kerajaan bagi membangunkan perniagaan francais. Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ini bagi merancakkan lagi bidang itu yang memiliki potensi membantu perniagaan mikro.

Pendidikan | Tangani masalah keciciran murid
NGO Pendidikan Untuk Malaysia menerima 1,541 laporan murid cicir di seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun NGO berkenaan hanya berupaya membantu 343 kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bintang 'Goodfellas' Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur
Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika sedang menjalani penggambaran filem "Dangerous Waters" di Republik Dominican, pada Khamis.

Ballon d'Or: Mane sedih pemain Afrika kurang diiktiraf
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah itu sejak 2008.

WEF 2022 | Kesediaan dunia laksana ESG, depani cabaran teknologi
Inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) merupakan asas penting dalam pelaksanaan sama ada di peringkat kerajaan mahupun perniagaan. Di sebalik mengaplikasi ESG, terdapat juga cabaran-cabaran lain yang perlu ditempuh. Editor Niaga AWANI, Najib Aroff ada perincian dari Davos, Switzerland sempena Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2022.

Ekonomi | Inflasi meningkat, perlu penyelesaian menyeluruh
Pakar Ekonomi MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli mengulas isu inflasi serta strategi penyelesaiannya.

'Ideologi politik bunuh kewartawanan Melayu, orang Melayu jangan sombong'
Ahmad Murad berkata, ada pihak yang menolak untuk membaca bahan berita berbahasa Melayu.

OPR: Koperasi tidak terikat dengan peraturan bank
Sektor koperasi tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang dibuat oleh pihak bank, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.

Koperasi terlibat perladangan kini boleh ambil pekerja asing - Noh Omar
Koperasi yang terlibat dalam sektor perladangan diberi peluang untuk memohon pengambilan pekerja asing, berkuat kuasa serta-merta.

Kuskop sasar lahir lebih ramai usahawan bekas banduan, penagih dadah
Kuskop menyasarkan untuk melahirkan lebih banyak usahawan yang terdiri daripada bekas banduan, bekas penagih dadah dan OKU.

KUSKOP rancang tubuh skim khas bantu usahawan dalam kalangan siswazah
KUSKOP akan terus membantu golongan usahawan menerusi pelbagai bentuk bantuan.

PM hadir sambutan Aidilfitri Menteri KUSKOP
Kehadiran Perdana Menteri disambut gembira dan meriah para tetamu yang hadir dengan ada yang mengambil kesempatan bergambar bersama beliau.

Penganjuran debat wajar diteruskan pada PRU15 - Noh
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, penganjuran debat sudah diamalkan di kebanyakan negara terutama dalam proses memilih pemimpin.

Hanya kumpulan usahawan mikro diberi pengecualian gaji minimum
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperincikan bahawa hanya kumpulan usahawan mikro yang diberi pengecualian bagi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sehingga akhir tahun ini.

UMNO, Pas Selangor elak bertembung pada PRU15 - Noh Omar
UMNO dan PAS Selangor akan memastikan tiada pertembungan sesama mereka di negeri ini ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pembinaan WCE selesai kesesakan jalan raya sekitar Tanjong Karang
Pada masa ini kemajuan projek pembinaan WCE di Parlimen tersebut memasuki fasa terakhir.

KPT lulus penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia
UKKM akan dikawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi memudahkan urusan pentadbiran dan pengoperasiannya.