KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 yang dijadual dibentangkan semula pada 24 Feb ini dijangka berasaskan kepada keadaan semasa ekonomi domestik dan juga global.
Ahli ekonomi utama Bank Dunia bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi berkata ekonomi global dan domestik telah berubah dengan ketara berbanding ketika belanjawan terakhir dibentangkan pada Oktober tahun lepas, antara lainnya dari segi landskap inflasi global dan Malaysia.
"Disebabkan perubahan itu, kita akan mempunyai lebih banyak analisis dan langkah-langkah dasar terkini. Bajet akan datang ini juga dijangka terus menyokong dan bersandarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)," katanya pada taklimat media mengenai laporan terbaharu 'Malaysia Economic Monitor' Bank Dunia bertajuk 'Expanding Malaysia's Digital Frontier' (Memperluas Sempadan Digital Malaysia), hari ini.
Beliau berkata, kerajaan juga dijangka menambah peruntukan bagi usaha pendigitalan terutamanya dari segi insentif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Walaupun perniagaan berada dalam trend pemulihan (pada masa ini), PKS tidak pulih sepantas syarikat yang lebih besar," katanya.
Mengenai pengenalan asas sistem percukaian baharu, Apurva berkata keperluan untuk memperkenalkan sistem baharu telah wujud sejak 10 tahun lepas, dengan menyatakan Malaysia sedikit sebanyak mendapat manfaat sebagai pengeksport komoditi apabila harga meningkat.
"Saya percaya kerajaan sedar akan keperluan mendesak ini," katanya sambil menambah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sistem asas percukaian yang paling cekap dan bersih, kerana ia akan menjana hasil dengan cara terbaik selain memastikan kerajaan yang bersih.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Belanjawan 2023 yang dijadual dibentangkan semula pada 24 Feb ini dijangka berasaskan kepada keadaan semasa ekonomi domestik dan juga global, menurut Bank Dunia.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Dana asing dijangka kembali ke pasaran Asia termasuk Malaysia - Rakuten Trade
Kenny Yee berkata, indeks petunjuk utama FBM KLCI dijangka mencecah 1,630 mata berdasarkan penilaian PE sebanyak 15.5 kali.

KBS laksana kelas renang untuk kanak-kanak golongan B40
KBS akan melaksanakan program kelas renang yang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri dalam usaha memastikan kemahiran renang dapat diterapkan dalam kalangan rakyat khususnya kanak-kanak.

Galakkan penubuhan koperasi, kerjasama PBT bantu kembang perniagaan - Ewon
Penubuhan koperasi penting untuk mengembangkan potensi dan perniagaan usahawan kecil sekali gus memacu ekonomi negara.

Peruntukan RM750 juta bagi program IPR mencukupi - Rafizi
Kerajaan ambil pendekatan beri bantuan dan kemudahan bukan sekali gus tetapi secara bulanan.

Anwar semak perincian belanjawan pastikan penyampaian terbaik
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan menyemak perincian Belanjawan MADANI bagi membantu memastikan tahap penyampaian yang terbaik.

Dakwaan Hamzah simpan fail pemimpin satu perkara serius - Ramkarpal
Ramkarpal Singh berkata, siasatan terhadap perkara itu hanya boleh dibuat sekiranya terdapat laporan polis untuk membuka kertas siasatan.

Belum ada hasrat wujudkan program mirip Kedai Runcit 1Malaysia - Fuziah
Kerajaan belum ada perancangan untuk wujudkan program mirip Kedai Runcit 1Malaysia yang pernah dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan teliti perubahan insentif cukai teknologi hijau dalam Belanjawan 2024
Kerajaan mungkin akan memperkenalkan perubahan menyeluruh ke atas insentif cukai teknologi hijau dalam Belanjawan 2024.

Cukai barangan mewah ambil kira kepentingan terbaik untuk rakyat
Cukai barangan mewah yang dicadangkan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 kini sedang diteliti dengan menekankan kepada kepentingan yang terbaik untuk rakyat.

Shahidan saran kerajaan lantik menteri agama jadi mufti besar
Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan hal ehwal agama Islam diselaras dengan baik.