Skip to main content

Politik

Belanjawan 2027: Rakyat lega inisiatif MADANI, pembangkang tiada hujah cari isu - Penganalisis

Belanjawan MADANI 2027 dilihat bukan sekadar instrumen pengurusan kewangan negara, sebaliknya satu amanah dan janji antara kerajaan dengan rakyat yang akan menjurus kepada pendekatan menyeluruh sekali gus memastikan ekonomi berkembang tanpa membebankan rakyat. - Gambar fail/Bernama
Belanjawan MADANI 2027 dilihat bukan sekadar instrumen pengurusan kewangan negara, sebaliknya satu amanah dan janji antara kerajaan dengan rakyat yang akan menjurus kepada pendekatan menyeluruh sekali gus memastikan ekonomi berkembang tanpa membebankan rakyat. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pembangkang masih sukar mencari isu utama untuk mengkritik Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
  • Belanjawan 2027 memperkenalkan pelbagai inisiatif, termasuk kenaikan gaji minimum dan bantuan kepada rakyat, dengan sasaran defisit fiskal 3.3 peratus.
  • Lebih 103,000 kontraktor G1 hingga G4 dijangka mendapat manfaat apabila nilai perolehan kerajaan meningkat kepada RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion tahun ini.

KUALA LUMPUR: Dengan hampir seminggu Belanjawan 2027 dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rata-rata pihak pembangkang masih terkial-kial mencari hujah yang kuat untuk dijadikan isu bagi memberikan ulasan sehingga sekarang.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Prof. Madya Dr. Mashitah Mohd. Udin berkata, dengan melabelkan ia sebagai belanjawan pilihan raya, pembangkang secara tidak langsung mengiktiraf keupayaan Kerajaan MADANI untuk memberi penawar kepada rakyat terutama dari segi kos sara hidup dan aspek pendidikan.

Jelasnya, selain kenaikan gaji minimum, banyak inisiatif diadakan bagi melegakan poket rakyat menerusi pelbagai bantuan dan insentif yang diumumkan kerajaan khususnya kepada golongan yang terkesan dengan peningkatan perbelanjaan harian.

"Inilah yang membuatkan pembangkang tiada isu untuk memberikan ulasan negatif mengenai belanjawan tersebut, selain jumlah belanjawan naik kepada RM510 bilion, berbanding RM470 bilion, tetapi defisit fiskal tetap disasarkan pada 3.3 peratus, berbanding 5.5 peratus pada 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pendang dari Pas, Datuk Awang Hashim sebelum ini berkata, pihaknya menyifatkan Belanjawan 2027 sebagai 'belanjawan pilihan raya', dengan mempersoalkan pelaksanaan perancangan kerajaan serta isu keadilan dalam pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen.

Awang Hashim berkata, beberapa pengumuman dalam belanjawan itu perlu dinilai berdasarkan keupayaan kerajaan melaksanakannya, terutama mengambil kira pencapaian peruntukan dan projek yang diumumkan pada tahun sebelumnya.

Mengulas lanjut, Dr. Mashitah berkata, Belanjawan 2027 turut melegakan lebih 103,000 atau 75 peratus kontraktor gred G1 hingga G4 daripada keseluruhan 138,000 kontraktor di seluruh negara yang akan mendapat manfaat daripada pengumuman Belanjawan 2027 apabila nilai perolehan kerajaan ditingkatkan kepada RM7.5 bilion, berbanding RM4 bilion tahun ini.

Tegasnya, Belanjawan MADANI 2027 dilihat bukan sekadar instrumen pengurusan kewangan negara, sebaliknya satu amanah dan janji antara kerajaan dengan rakyat yang akan menjurus kepada pendekatan menyeluruh sekali gus memastikan ekonomi berkembang tanpa membebankan rakyat.

Must Watch Video

Advertisement