Berhenti sembunyikan fakta Kit Siang ialah ketua umum pembangkang - PM Najib

Bernama
Februari 11, 2017 13:23 MYT
PM NAJIB: "Lim Kit Siang ialah ketua umum Pakatan. DAP perlu berhenti daripada cuba menyembunyikan perkara itu," . - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata DAP perlu berhenti menyembunyikan fakta bahawa Lim Kit Siang ialah ketua umum gabungan pembangkang Pakatan Harapan.
"Lim Kit Siang ialah ketua umum Pakatan. DAP perlu berhenti daripada cuba menyembunyikan perkara itu," kata beliau dalam Twitter.
Beliau berkata pengundi tahu bahawa DAP menguasai paling banyak kerusi dalam pakatan pembangkang.
"Dan LKS (Lim Kit Siang) sebenarnya yang menjadi ketua," kata perdana menteri mengenai penasihat DAP itu.
Beliau membuat kenyataan itu susulan pihak-pihak dalam kalangan parti pembangkang saling berbalas kenyataan mengenai siapa ketua mereka. -- Bernama
#DAP #Lim Kit Siang #Najib Razak #Pakatan Harapan #Perdana Menteri