awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri jawatan Timbalan Speaker kepada pembangkang - Nazri

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
23/09/2021
15:33 MYT
Beri jawatan Timbalan Speaker kepada pembangkang - Nazri
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarankan jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kosong diserahkan kepada pembangkang. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarankan jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kosong diserahkan kepada pembangkang.
Nazri menjelaskan, jika jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini diisi oleh ahli parlimen pembangkang, tidak ada sebab jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak boleh diserahkan kepada pembangkang.
Katanya, jika jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat diserahkan kepada pembangkang, sebarang pindaan bagi membolehkan tiga individu dilantik memegang jawatan tetsebut tidak perlu dilakukan.
“Yang lebih penting jawatan Pengerusi PAC itu pun boleh serahkan kepada pembangkang jadi kenapa jawatan timbalan speaker tidak boleh?
“Pada saya bagi saja lah kepada pembangkang. Kalau takut berat sebelah, masa isu penting Yang di-Pertua boleh minta untuk pengerusikan mesyuarat.
“Jadi saya rasa tak perlu pinda untuk adakan tiga timbalan speaker, bagi saja kepada pembangkang. Itu pendapat peribadi saya,” katanya dalam program temubual Bersemuka yang disiarkan secara dalam talian menerusi Facebook NRChannel TV.
Jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kosong setelah penyandangnya Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan.
Ekoran kekosongan tersebut kerajaan mencalonkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan untuk jawatan tersebut manakala pembangkang menamakan Ahli Parlimen Teluk Intan,Nga Kor Ming.
Topic Berkaitan
#Timbalan Speaker
#Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
#pembangkang
#Nazri Aziz
#Ahli Parlimen Padang Rengas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan