awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri lebih peluang wanita jadi calon PRU14 - Rosnah

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
21/04/2018
04:50 MYT
Beri lebih peluang wanita jadi calon PRU14 - Rosnah
Rosnah menandatangani plak selepas merasmikan Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat di Balai Raya Kampung Kuala, di Papar, 21 April, 2018. Astro AWANI
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini menggesa agar golongan wanita diberikan peluang yang luas untuk bertanding di pentas politik menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Penyandang wakil rakyat Parlimen Papar itu berkata, sudah tiba masanya pucuk pimpinan mendengar suara hati wanita di negara ini dalam usaha memartabatkan lagi golongan berkenaan.
"Harapan kita, agar pucuk pimpinan mendengar suara hati wanita, dengan menempatkan lagi lebih ramai calon-calon daripada kalangan wanita.
"Namun, apa yang lebih penting, bukan sahaja setakat memberi kuota, bahkan pemimpin yang diterampilkan atau diketengahkan itu mampu memenangi hati pengundi dan juga parti.
"Oleh itu, pada saya, keutamaan kita adalah dengan memastikan bukan sahaja calon kita menang, tetapi diterima dan dapat meneruskan legasi kepimpinan," katanya.
Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Pusat itu berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat di Balai Raya Kampung Kuala, di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO sebelum ini berjanji menambah 30 peratus kuota Senator wanita di Dewan Negara.
Langkah itu dalam usaha meningkatkan pembabitan golongan berkenaan dalam dunia politik, selain menerajui kepimpinan kerajaan.
Sementara itu, pada majlis hari ini, seramai 100 kontraktor sekitar negeri Sabah telah menyempurnakan slot latihan yang dilaksanakan, merangkumi aspek pembangunan kompetensi kontraktor dan usahawan.
Jelas Rosnah, program pembangunan dan latihan itu memberi pendedahan dalam bentuk latihan praktikal di tapak bina, serta meningkatkan kualiti dan profesionalisme kontraktor dan usahawan Bumiputera.
Ia bagi memastikan mereka terus berdaya saing sebagai penggiat industri binaan di pasaran tempatan dan antarabangsa.
"Program yang dianjurkan ini merupakan pendekatan yang diamalkan oleh kementerian, di mana selain daripada memberikan kursus kepada kontraktor, pada masa sama, kita melaksanakan program khidmat masyarakat.
"Ini merupakan pendekatan dua dalam satu. Di samping kontraktor menimba ilmu bagi memperkasakan diri untuk organisasi, mereka juga berpeluang menyumbang kembali kepada masyarakat," katanya.
Topic Berkaitan
#calon
#kuota
#MalaysiaMemilih
#Papar
#pilihan raya umum
#PRU14
#pucuk pimpinan
#Rosnah Abdul Rashid Shirlin
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan