Beri ruang kepada pembangkang bentuk sama dasar negara - Wong Chin Huat

Israr Khalid
Februari 28, 2023 23:32 MYT
CHIN HUAT: Kalau Kabinet Bayangan diiktiraf, maka Menteri Bayangan daripada pembangkang akan dijangka oleh rakyat untuk mengemukakan dasar-dasar alternatif mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang tidak akan berterusan mengecam kerajaan andai mereka diberi ruang untuk bersama menentukan hala tuju negara.
Kata penganalisis politik Prof Wong Chin Huat, dengan peranan yang lebih besar diberikan dalam pembentukan dasar, pembangkang juga tertakluk kepada penilaian rakyat, sekali gus menjadikan institusi pentadbiran negara lebih mantap.
Beliau melihat, dasar-dasar alternatif daripada pembangkang sebenarnya agak terhad kerana setiap satunya saling berkait dan bergantung, maka kerjasama itu memang perlu.
“Kalau dengan reformasi Parlimen, di mana tertubuhnya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, Ahli-Ahli Parlimen pembangkang ada peluang untuk meneliti dasar-dasar kerajaan.
“Kalau Kabinet Bayangan diiktiraf, maka Menteri Bayangan daripada pembangkang akan dijangka oleh rakyat untuk mengemukakan dasar-dasar alternatif mereka,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Begitupun, ujarnya lagi, tidak kira siapa pun menjadi kerajaan, tidak banyak perbezaannya antara dasar mereka melainkan dari segi menghapuskan rasuah dan ketirisan.
Beri ruang kepada pembangkang bentuk sama dasar negara - Prof. Chin Huat
#Agenda Awani #Wong Chin Huat #pembangkang #dasar kerajaan