awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT
[KOLUMNIS] Venezuela: Mangsa penyangak dunia berpunca kelemahan dalaman berpanjangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri ruang kepada PM tentukan bila PRU15 - Presiden MIC

Bernama
Bernama
12/12/2021
13:27 MYT
Beri ruang kepada PM tentukan bila PRU15 - Presiden MIC
Vigneswaran berkata tiga parti komponen BN iaitu MCA, PBRS dan MIC, telah membuat keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab mengadakan PRU15 kepada kebijaksanaan Ismail Sabri. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: MIC menggesa pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memberikan ruang yang secukupnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi menentukan masa paling sesuai mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata tiga parti komponen BN iaitu MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan MIC, telah membuat keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab mengadakan PRU15 kepada kebijaksanaan Ismail Sabri.
"Pada masa yang sama, kepada persoalan bila PRU harus diadakan, saya dengan rendah diri menggesa pucuk kepimpinan BN untuk memberi ruang yang secukupnya kepada Yang Amat Berhormat PM kita untuk menentukan masa yang paling sesuai untuk mengadakan PRU15," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-75 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan MIC itu dirasmikan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIC
#ismail sabri yaakob
#PRU15
#S A Vigneswaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan