awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri wang kepada pengundi bukan sedekah, itu rasuah - Isham

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2023
21:15 MYT
Beri wang kepada pengundi bukan sedekah, itu rasuah - Isham
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil meminta agar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak mencari sebarang dalil bagi tujuan menghalalkan perbuatan rasuah. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil meminta agar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak mencari sebarang dalil bagi tujuan menghalalkan perbuatan rasuah.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menegaskan, tindakan memberi wang kepada pengundi semasa pilihan raya dan menyuruh mereka bersumpah untuk mengundi Pas bukan sedekah, sebaliknya ia adalah sogokan atau rasuah.
“Kepada Haji Hadi, janganlah cari dalil untuk halalkan rasuah pengundi.
“Jika rasuah pengundi ini halal, ke manakah sistem politik dan demokrasi negara ini ingin dituju apabila parti dan ahli politik boleh sewenangnya merasuah pengundi atas nama sedekah untuk menang pilihan raya?
“Sebelum pilihan raya atau semasa dalam kerajaan, untuk beri ‘sedekah’ ini, mereka ambil rasuah daripada projek kerajaan untuk guna duit itu bagi tujuan merasuah dan ‘sedekah’ pengundi untuk menang pilihan raya bagi membentuk kerajaan dan mendapat jawatan (dalam) kerajaan.
“Ini adalah kitaran rasuah dan politik wang yang busuk dan teruk,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan berikutan ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.
Mengulas lanjut, Isham berkata, Malaysia memerlukan pembaharuan berhubung pendanaan politik supaya ia tidak kotor.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wang pengundi
#Rasuah
#Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil
#Presiden Pas Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan