POLITIK
[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Dua calon Parti Damai Sabah gagal serah pencalonan kerana lewat
Calon Parti Damai Sabah Abdul Hata Abdul Hala (kiri) bagi DUN Sulanayan gagal menyerahkan borang pencalonan kerana tiba selepas pukul 10 pagi di Pusat Penamaan Calon. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Dua calon daripada Parti Damai Sabah (SBP) gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas lewat tiba di Pusat Penamaan Calon.
Ringkasan AI
Abdul Hata Abdul Hala gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan kerana tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Arena Masyarakat Semporna selepas 10 pagi.
Turut gagal menyerahkan borang pencalonan di pusat pencalonan sama ialah Ahmad Daud Awang yang berhasrat untuk bertanding di DUN Bugaya dalam Parlimen Semporna.
Sebaik proses penamaan calon berakhir pada 10 pagi, maka kempen PRN Sabah bermula selama 14 hari, iaitu hingga 11.59 malam pada 28 Nov seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN kali ini dan tarikh pengundian awal ditetapkan pada 25 Nov manakala hari pengundian 29 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Dua calon dari Parti Damai Sabah (SBP) gagal menyerahkan borang pencalonan untuk PRN Sabah ke-17 kerana lewat tiba di Pusat Penamaan Calon di Semporna.
- Abdul Hata Abdul Hala dan Ahmad Daud Awang tidak dapat bertanding di DUN Sulabayan dan DUN Bugaya kerana kelewatan tiba di pusat pencalonan.
- Proses penamaan calon PRN Sabah bermula selepas 10 pagi dan kempen akan berlangsung selama 14 hari sehingga 28 Nov, sebelum tarikh pengundian pada 29 Nov.