POLITIK
[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Hajiji dicabar empat calon di DUN Sulaman
Hajiji (kanan) yang juga penyandang kerusi itu, akan dicabar oleh empat calon lain selepas pencalonan mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tuaran, Ibrahim Terki. - Foto Astro AWANI/Hasimi Muhamad
TUARAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman (N12) menyaksikan saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan berlangsung pada 29 November ini.
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga penyandang kerusi itu, akan dicabar oleh empat calon lain selepas pencalonan mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tuaran, Ibrahim Terki.
Empat pencabar tersebut, antaranya ialah seorang doktor perubatan, Dr Shahnon Rizal Thaijuddin - calon muka baharu yang ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN).
Selain itu, Moktar Hussin (Parti Warisan), Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah), serta Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional).
Pencadang dan penyokong Hajiji masing-masing ialah Datuk Abdul Kasim Razali dan Sylvia Beliggi.
Hajiji mempertahan kerusi DUN Sulaman sejak tahun 1990, dengan PRN16 lalu Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu menang majoriti 3,099 undi dalam saingan tiga penjuru.
Terdahulu, Ketua Menteri Sabah itu, yang memakai baju Melayu berwarna ungu tiba untuk menyerahkan boring penamaan calon di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Seri Sulaman, sekitar 9 pagi diiringi penyokong.
Dengan pengesahan calon-calon terbabit, kempen pilihan raya yang ditetapkan selama 14 hari bermula secara rasmi sehingga 11.59 malam, 28 November.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November sebagai hari penamaan calon, manakala 25 November dan 29 November depan sebagai hari undi awal dan hari pengundian.
Seramai 1,784,843 pengundi layak mengundi dalam PRN kali ini, terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera dan pasangan, serta 12,729 anggota polis dan pasangan.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini