[TERKINI] Penamaan Calon PRN Sabah Bermula – Siapa Bakal Bertanding? Ikuti Perkembangan Terkini di Sini!
POLITIK

[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Masiung Banah berdepan cabaran tujuh calon di DUN Kuamut

Syaff Syukri 15/11/2025 | 03:56 MYT
Calon GRS bagi DUN Kuamat, Masiung (tiga, kanan) pada penamaan calon di sini, pada Sabtu. - fotoBERNAMA
KINABATANGAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan penyandang kerusi DUN Kuamut (N57) Datuk Masiung Banah, bakal berdepan cabaran daripada tujuh calon untuk Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah ke-17.


Ringkasan AI
  • Datuk Masiung Banah, calon GRS bagi DUN Kuamut (N57), akan berdepan dengan tujuh calon dalam PRN Sabah ke-17, termasuk wakil dari UPKO, PIS, dan Warisan.
  • Calon lain seperti Datuk Jafry Arifin dari BN di DUN Sukau (N59) turut menghadapi cabaran dari enam calon, termasuk wakil dari GRS, Warisan, dan Parti Kebangsaan Sabah.
  • SPR telah menetapkan tarikh PRN17 Sabah pada 29 November 2025 dengan tempoh berkempen bermula 14 hari selepas pengisytiharan calon.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ini selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuesri Ismail Yusof mengumumkan lapan calon melibatkan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Impian Sabah (PIS), GRS dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) akan bertanding bagi merebut kerusi DUN berkenaan.

Selain itu, empat parti lain melibatkan Warisan, Bebas, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

UPKO diwakili Mohina Sidom, Ted Kelvin Sudin (PIS), Datuk Masiung Banah (GRS), John Singkuang (PPRS), Norfaizah Chua (Warisan), Duin Bintarang (Bebas), Abu Bakar Ellah (KDM) dan Jevronnie Mandek (STAR).

Pada PRN16, Masiung menang atas tiket Bebas dengan 2,802 undi dan 978 majoriti dalam saingan lima penjuru.

Untuk tiga penggal sebelumnya, Masiung berjaya mengekalkan kemenangannya di atas tiket BN, namun kini mempertahankan kerusi tersebut di atas tiket GRS.

Di DUN Sukau (N59), Datuk Jafry Arifin daripada Barisan Nasional (BN) yang juga merupakan penyandang kerusi itu, bakal berdepan cabaran daripada enam calon lain.

Ia melibatkan calon daripada Datuk Juhari Janan (GRS), Roslan Madali (PIS), Azahari Rangon (Warisan), Pengiran Petra Pengiran Asri (PN), Afiq Anwari Zulkifli (Parti Kebangsaan Sabah) dan Nordin Damit (Perjuangan Rakyat).

DUN Sukau merupakan kubu kuat BN dan pada PRN16, Jafry berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan memperoleh 3,763 undi dengan majoriti selesa sebanyak 2,129 dalam saingan lima penjuru.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 29 November 2025 ini sebagai tarikh PRN17 bagi negeri Sabah dan pengundian awal pada 25 November 2025.

Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 28 November 2025 (Jumaat).

PRN Sabah diadakan bagi mengisi kekosongan sebanyak 73 kerusi DUN Sabah.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah calon yang bakal berdepan cabaran dengan Datuk Masiung Banah dari GRS untuk Pilihanraya Negeri Sabah ke-17?
    A: Mohina Sidom (UPKO), Ted Kelvin Sudin (PIS), John Singkuang (PPRS), Norfaizah Chua (Warisan), Duin Bintarang (Bebas), Abu Bakar Ellah (KDM), dan Jevronnie Mandek (STAR).
  • Q: Bagaimanakah rekod kemenangan Datuk Masiung Banah sebelum ini di DUN Kuamut pada pilihan raya sebelumnya?
    A: Datuk Masiung Banah menang atas tiket Bebas dengan 2,802 undi dan 978 majoriti dalam saingan lima penjuru pada PRN16.
  • Q: Apakah tarikh rasmi Pilihanraya Negeri Sabah ke-17 yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)?
    A: Tarikh rasmi Pilihanraya Negeri Sabah ke-17 ialah 29 November 2025, dengan hari pengundian awal pada 25 November 2025.


#Calon PRN Sabah 2025 #masiung banah #Jafry Arifin #DUN Sukau #DUN Kuamut