[TERKINI] Penamaan Calon PRN Sabah Bermula – Siapa Bakal Bertanding? Ikuti Perkembangan Terkini di Sini!
POLITIK

[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Medan ujian ketahanan politik Malaysia urus kepelbagaian ideologi - Mujibu

Firdaus Azil 15/11/2025 | 04:47 MYT
PRN Sabah bukan sekadar perebutan kuasa tempatan, tetapi ujian besar kepada sistem politik Malaysia. Isu hak Sabah, kestabilan, fragmentasi dan siapa ‘kingmaker’ akan mencorak hala tuju menjelang PRU17, menurut Mujibu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang membuka tirainya pada Sabtu dilihat sebagai satu “political stress test” untuk Malaysia, menurut Felo Penyelidik Ilham Centre, Mujibu Abd Muis.


Ringkasan AI
  • Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah satu "political stress test" bagi Malaysia, menentukan kestabilan sistem politik negara.
  • Blok-blok utama parti politik seperti Gabungan Rakyat Sabah, Parti Warisan Sabah, Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mendominasi hari pencalonan PRN Sabah.
  • Keputusan PRN Sabah akan memberi isyarat kepada PRN Melaka dan Johor, serta menjadi cerminan kepada Pilihan Raya Umum ke-17, menentukan keperluan reformasi struktur politik negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Beliau berkata, keputusan PRN itu bakal menjadi penentu sama ada sistem politik negara mampu mengurus fragmentasi parti dan membentuk kerajaan yang stabil.

“Sabah seolah-olah akan jadi satu political stress test untuk Malaysia kerana PRN ini mampu urus fragmentasi pilihan raya dan akhirnya wujudkan sebuah kerajaan stabil.

“Ini juga akan menjadi satu hala tuju positif kepada masa depan politik nasional kerana sebaliknya kalau kita seperti mana katakan tadi, tidak lagi ada satu parti yang muncul sebagai satu blok yang stabil, terpaksa berunding dan sebagainya” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam Buletin Awani Khas sempena Penamaan Calon bagi PRN Sabah, pada Sabtu.

Blok-blok utama parti politik seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah (Warisan), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) terus mendominasi hari pencalonan diikuti dengan parti-parti tempatan.

Kerencaman politik Sabah terbukti apabila hampir semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan pertembungan lebih daripada dua penjuru, sebagai contoh Dewan DUN Tamparuli dan Kiulu, masing-masing menyaksikan saingan 13 dan lapan penjuru, kali ini.

Dalam pada itu, Mujibu menjelaskan, jika PRN Sabah gagal melahirkan satu blok parti yang dominan, ia menandakan sistem politik negara masih rapuh dan rentan terhadap ketidakstabilan.

“Sebaliknya, kalau kita tidak lagi ada satu parti yang muncul sebagai satu blok yang stabil, terpaksa berunding dan sebagainya, ini petanda kita masih berhadapan dengan sistem politik yang rentan,” ujarnya.

Mujibu turut menjangkakan beberapa isu utama akan mendominasi kempen PRN seperti Hak Sabah dan Perjanjian Malaysia 1963; kestabilan dan kelelahan politik; susunan blok politik dan sudah pasti, isu sosioekonomi.

Ditambah dengan kemungkinan tiada satu pun blok mampu melepasi majoriti mudah, Mujibu berkata, peranan parti kecil atau blok bebas sebagai penentu kerajaan akan menjadi kritikal.

“Ini boleh membuka ruang kepada rundingan politik yang panjang dan berisiko mengekalkan ketidakstabilan.

“Dan keputusan PRN Sabah akan memberi isyarat kepada dua PRN lain – Melaka dan Johor – serta menjadi cerminan kepada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17). Jika Sabah berjaya melahirkan kerajaan stabil, ia menjadi model positif untuk politik Malaysia.

“Sebaliknya, kegagalan akan mengukuhkan persepsi bahawa sistem kita masih memerlukan reformasi struktur,” tambahnya.

Hari ini, kesemua 25 pusat penamaan calon (PPC) bagi PRN Sabah dibuka pada 9 pagi dan ditutup pada 10 pagi ini.

Dengan berakhirnya proses penamaan calon itu, maka bermulalah kempen PRN Sabah selama 14 hari seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), iaitu hingga 11.59 malam pada 28 Nov.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang dimaksudkan dengan "political stress test" yang disebut oleh Felo Penyelidik Ilham Centre mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah?
    A: "Political stress test" merujuk kepada ujian untuk melihat sama ada sistem politik negara mampu mengurus fragmentasi parti dan membentuk kerajaan yang stabil berdasarkan keputusan PRN Sabah.
  • Q: Mengapa keputusan PRN Sabah dianggap penting bagi masa depan politik negara?
    A: Keputusan PRN Sabah dianggap penting kerana ia boleh menentukan sama ada sistem politik negara dapat mengurus fragmentasi parti dan membentuk kerajaan yang stabil, memberi impak kepada politik nasional.
  • Q: Apakah blok-blok utama parti politik yang mendominasi hari pencalonan PRN Sabah?
    A: Blok-blok utama parti politik yang mendominasi hari pencalonan PRN Sabah termasuk Gabungan Rakyat Sabah, Parti Warisan Sabah, Barisan Nasional, Pakatan Harapan, dan Perikatan Nasional, diikuti dengan parti-parti tempatan.
  • Q: Mengapa pertembungan lebih daripada dua penjuru di hampir semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah adalah petanda kerencaman politik?
    A: Pertembungan lebih daripada dua penjuru di hampir semua 73 kerusi DUN Sabah adalah petanda kerencaman politik kerana menunjukkan bahawa tiada satu parti yang dominan, menyebabkan perlunya berunding dan keadaan politik yang rentan.
  • Q: Apa yang dijelaskan oleh Mujibu Abd Muis tentang peranan parti kecil atau blok bebas dalam PRN Sabah?
    A: Mujibu Abd Muis menyatakan bahawa peranan parti kecil atau blok bebas sebagai penentu kerajaan akan menjadi penting, kerana mereka boleh menjadi kritikal dalam membantu membentuk kerajaan dan membuka ruang kepada rundingan politik yang panjang.



#Sabah Memilih #King maker Sabah #hak Sabah MA63 #Mujibu Abd Muis