[TERKINI] Penamaan Calon PRN Sabah Bermula – Siapa Bakal Bertanding? Ikuti Perkembangan Terkini di Sini!
POLITIK

[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Pertembungan enam penjuru di DUN Lamag

Syaff Syukri 15/11/2025 | 03:16 MYT
Calon BN diwakili Bung Moktar (kiri) serta Johainizamshah Johari (GRS), Salehuddin Anoi (PIS), Mohamad Saifulah Lokman (Warisan), Mazlin Madali (PN) dan Mohd Ismail Ayob (Bebas). - fotoBERNAMA
KINABATANGAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag menyaksikan pertandingan enam penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Impian Sabah (PIS), Warisan, Perikatan Nasional (PN) dan bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini.


Ringkasan AI
  • Pertandingan enam penjuru di Kerusi DUN Lamag melibatkan calon dari BN, GRS, PIS, Warisan, PN, dan Bebas.
  • Senarai calon diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuesri Ismail Yusof, dengan enam orang calon bertanding.
  • Antara calon yang bertanding termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN) dan jumlah pengundi berdaftar adalah sebanyak 13,859 dalam DUN Lamag.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuesri Ismail Yusof mengumumkan senarai calon bertanding pada jam 10.48 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Majlis Daerah Kinabatangan, di sini, ditutup tepat jam 10 pagi.

“Saya, pegawai pengurus bagi bahagian Pilihan Raya Negeri Lamag (N58) memaklumkan menerima kertas penamaan calon daripada enam orang calon bagi pemilihan ke Dewan Undangan bagi bahagian Pilihanraya Negeri N58," ujarnya.

Calon BN diwakili Datuk Seri Bung Moktar Radin, Johainizamshah Johari (GRS), Salehuddin Anoi (PIS), Mohamad Saifulah Lokman (Warisan), Mazlin Madali (PN) dan Mohd Ismail Ayob (Bebas).

Pada PRN16, Bung berjaya memenangi kerusi Dun Lamag dalam saingan lima penjuru dengan memperoleh 3,035 undi dengan mencatatkan majoriti tipis 661.

DUN Lamag antara 13 DUN baharu dan mula dipertandingkan pada 2020 dan mempunyai 13,859 pengundi berdaftar.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah calon yang akan bertanding dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag?
    A: Calon yang akan bertanding termasuk wakil dari Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Impian Sabah (PIS), Warisan, Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.
  • Q: Berapakah jumlah pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag?
    A: Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mempunyai 13,859 pengundi berdaftar.
  • Q: Siapakah calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya DUN Lamag?
    A: Calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya DUN Lamag ialah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
  • Q: Berapakah majoriti undi yang diperoleh oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag sebelum ini?
    A: Datuk Seri Bung Moktar Radin berjaya memenangi kerusi DUN Lamag dalam pilihan raya sebelum ini dengan majoriti tipis 661 undi.
  • Q: Bagaimanakah proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag dijalankan?
    A: Proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag dijalankan dan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada jam 10.48 pagi selepas proses penamaan calon ditutup tepat jam 10 pagi.


#calon PRN Sabah ke-17 #Bung Moktar Radin #DUN Lamag #PRN Sabah 2025 #Calon PRN Sabah 2025