JOHOR BAHRU: Bersatu akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Dalam kenyataan hari ini, Ahmad Faizal berkata, perjuangan Presiden Bersatu itu mesti diteruskan.
"Saya dan seluruh ahli parti di semua peringkat tetap menyokong dan mendukung kepimpinan beliau," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekiranya dikehendaki kepimpinan dan ahlinya, berikutan kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.
Menurut Ahmad Faizal, satu kajian menyeluruh akan dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor prestasi Bersatu yang hanya memenangi dua daripada 33 kerusi yang ditandingi, selain faktor peratusan rendah pengundi keluar mengundi.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada jentera pilihan raya PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan yang telah bertungkus lumus sepanjang kempen PRN Johor.
"Semangat kebersamaan ini mesti kita teruskan demi memperkasakan perjuangan parti kita. Kepada Allah, kami berserah," katanya.
PRN Johor berakhir semalam dengan kemenangan besar Barisan Nasional yang berjaya menawan 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undagan Negeri Johor yang ditandingi, manakala Pakatan Harapan memenangi 11 kerusi, PN memenangi tiga dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta PKR masing-masing berjaya meraih satu kerusi. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022

Bersatu akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu, kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Gambar fail

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
Kerajaan Perlis akan perkasa program keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.

Malaysia laksana tugas dengan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN pada detik genting - Pengerusi FPCI
Dunia kini berada dalam keadaan yang amat sukar dan sistem antarabangsa sedang menghadapi tekanan hebat.

Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global
Sarawak sehaluan dan secara aktif menyumbang kepada ASEAN, membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring.

ASEAN seru ekosistem digital yang selamat, inovatif dan terangkum
Para pemimpin digital ASEAN memperbaharui komitmen untuk membentuk masa depan digital yang selamat dan terangkum.

PERANTIS tangani penurunan perwakilan wanita - Nancy
Kemerosotan perwakilan wanita Malaysia dalam politik bukan disebabkan oleh kekurangan sokongan dalam parti tetapi budaya politik yang telah lama diamalkan.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.