awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ucap selamat maju jaya - Cklamovski jelas status Nafuzi, Cheng Hoe
Agong berangkat ke Rusia untuk lawatan khas
[KOLUMNIS] Sudan: Setiap misi kemanusiaan cabaran tidak sama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu alu-alukan kemunculan 'Parti Bangsa Johor'

Bernama
Bernama
04/05/2019
14:26 MYT
Bersatu alu-alukan kemunculan 'Parti Bangsa Johor'
MAZLAN: Saya agak mengalu-alukan supaya golongan atasan ini, bila dia masuk politik dia faham kesengsaraan rakyat yang dalam tekanan ekonomi. - Gambar fail
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang baharu dilantik Mazlan Bujang hari ini mengalu-alukan kemunculan sebuah parti baharu yang didakwa akan ditubuhkan di sini tidak lama lagi.
Ditanya mengenai dakwaan itu, beliau berkata, "Sebagai Malaysia Baharu, kita alu-alukan sangat dan saya dengar parti politik ini, yang nak buat 'Parti Bangsa Johor' ini terdiri daripada golongan atasan.
"Saya agak mengalu-alukan supaya golongan atasan ini, bila dia masuk politik dia faham kesengsaraan rakyat yang dalam tekanan ekonomi… kalau tidak, golongan atas ini duduk atas kayangan," katanya.
Mazlan ditemui pemberita selepas merasmikan Program Desa Sejahtera Muafakat Bersama Azman Hashim International Business School (AHIBS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini.
Kepada satu pertanyaan, Mazlan yang akan menyandang jawatan Pengerusi Bersatu Johor mulai 25 Mei ini berkata:
"Ada sedikitlah (rombakan Bersatu Johor) sebab kebetulan ada kekosongan, saya bendahari sebelum ini… sekarang sudah dilantik jadi pengerusi, jadi ada kekosongan… ada minor rombakan," katanya.
Ditanya mengenai pesanan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelantikannya itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa itu berkata Dr Mahathir hanya mengucapkan tahniah dan menasihati supaya menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#golongan atasan
#Johor
#kesengsaraan rakyat
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#masuk politik
#Mazlan Bujang
#parti baharu
#Parti Bangsa Johor
#pelantikan
#Pengerusi Bersatu Johor
#politik
#PPBM
#rakyat
#rombakan
#tekanan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan