Bersatu beri laluan kepada BN pertahan kerusi DUN Chini - Hamzah

Fareez Azman
Jun 17, 2020 10:15 MYT
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin alam satu kenyataan memaklumkan ia bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional. - Gambar fail/Astro AWANI
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan memaklumkan ia bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kerusi itu.
"Seluruh jentera Bersatu akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil PN," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, Barisan Nasional mengumumkan akan meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Manakala Pakatan Harapan (PH) pada masa sama menyatakan tidak meletakkan calon kerana aspek keselamatan pengundi ekoran penularan pandemik COVID-19.
PRK Chini diadakan pada 4 Julai depan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.
Ia menjadi Pilihan Raya Kecil pertama kali diadakan selepas pentadbiran kerajaan PN.
#Barisan Nasional #Bersatu #BN #calon #DUN Chini #Hamzah Zainuddin #Malaysia #Pakatan Harapan #Pandemik COVID-19 #Perikatan Nasional #PN #PPBM #PRK