awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Sarawak akan bekerjasama dengan GPS pada PRU akan datang - Pengerusi

Bernama
Bernama
16/12/2021
10:13 MYT
Bersatu Sarawak akan bekerjasama dengan GPS pada PRU akan datang - Pengerusi
Jaziri Alkaf menegaskan jentera Bersatu Sarawak turut bekerja keras membantu calon GPS ketika berkempen serta memberi taklimat supaya penyokong parti itu 'memangkah' calon GPS pada PRN12, Sabtu ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Bersatu Sarawak akan bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan kemungkinan akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pengerusinya Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata perbincangan awal dilakukan antara Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mewujudkan persefahaman bahawa Bersatu tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12), namun akan mempertimbangkan untuk bertanding pada PRU.
"Kedua-dua GPS dan PN (Perikatan Nasional) adalah parti bersahabat, kita ada persefahaman yang kukuh, dengan Bersatu akan menyokong GPS dalam PRN, dan bekerjasama dalam PRU.
"Insya-Allah akan dipertimbangkan beberapa kerusi untuk kita bersama-sama dengan GPS, bukan 'berlawan' pada PRU akan datang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Bersatu Sarawak dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Saratok yang kini diwakili Datuk Ali Biju dan Puncak Borneo (Datuk Willie Mongin) pada PRU akan datang, selain menimbangkan untuk menambah calon di beberapa kawasan, bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.
Sementara itu Jaziri Alkaf menegaskan jentera Bersatu Sarawak turut bekerja keras membantu calon GPS ketika berkempen serta memberi taklimat supaya penyokong parti itu 'memangkah' calon GPS pada PRN12, Sabtu ini.
Katanya Bersatu Sarawak komited dan menyokong penuh semua calon GPS di bawah pimpinan Abang Johari yang juga Ketua Menteri berdasarkan persefahaman yang telah terjalin antara GPS dan PN.
"Sokongan kita teguh kepada semua calon GPS dan dalam masa sama saya yakin mereka boleh mengekalkan bilangan kerusi yang dimenangi sebelum ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bersatu sarawak
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#pilihan raya umum
#PRU
#Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan