Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia meminda perlembagaan untuk membolehkan ahli bersekutu, yang terdiri daripada bukan Bumiputera, mempunyai peranan yang lebih meluas, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi cadangan itu, beliau berkata, bukan Bumiputera kelak bukan sahaja boleh menjawat jawatan lebih tinggi, tetapi turut bersama-sama memberi idea untuk memajukan parti.
Bagi merealisasikan aspirasi itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Dr Rais Yatim telah ditubuhkan untuk mengkaji perkara itu, dan mengemukakan cadangan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
“Dalam mesyuarat pimpinan tertinggi saya telah bawa usul bagi memboleh kan ahli bersekutu sama sama menyumbang… bukan setakat sebagai ahli biasa, tapi berperanan untuk memberi idea dan pandangan dan terlibat dalam kepimpinan.
"Cadangan untuk membentuk satu lembaran baharu dalam bersatu. We will propose the formation of a new chapter yang akan membolehkan ahli bersekutu menyertai bersama-sama, memegang jawatan dalam parti, dan menyumbang idea untuk majukan parti,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap di hadapan kira-kira 5,000 perwakilan Kongres Negara 2020 bertemakan Bersatu Untuk Malaysia, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
Bertemakan Bersatu Untuk Malaysia, kongres itu dianjukan badan bukan kerajaan seperti Penggerak Komuniti Negara, Nation Of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara.
Berucap lanjut, Muhyiddin berkata, cadangan daripada jawatankuasa itu akan diperhalusi, dan dibawa ke Mesyuarat Agung Tergempar Bersatu untuk diluluskan pindaan berkaitan perlembagaan parti.
Firdaus Azil
Sat Aug 22 2020

Muhyiddin yang juga perdana menteri berkata sekiranya cadangan itu diterima maka Bersatu akan mengadakan perhimpunan agung luar biasa bagi meminda perlembagaan parti. - BERNAMA

Niaga AWANI: WEF 2022 | Belajar, cari solusi bersama peringkat global
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang kembali berlangsung secara fizikal bakal membuka tirai secara rasminya hari ini dan sudah tentu, banyak perkara menjadi fokus Malaysia belajar selain mengambil amalan terbaik untuk dilaksanakan di negara ini. Najib Aroff yang kini berada di kawasan pergunungan Alps ada perincian fokus Malaysia, bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

AWANI Ringkas: Buli | Empat pelajar mengaku bersalah

Kenderaan mikro mobiliti: KKR bantu sediakan sebarang keperluan MOT - Fadillah
KKR akan mempertimbangkan sekiranya terdapat keperluan menyediakan jalan baharu khusus buat laluan kenderaan mikro mobiliti.
![[TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid [TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968247/thumbnails/14500335691653292328610_640x360.jpg)
[TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid
Dana Yayasan Akalbudi datang dari wang sendiri, serta hasil derma individu dan kumpulan tertentu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ketika memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata yayasan tersebut tidak pernah menerima dana baik dari kerajaan, mahupun pembayar cukai.

RM1.9 bilion bayaran balik pinjaman diterima berakhir 30 Apr lalu - PTPTN
Jumlah itu merupakan bayaran oleh peminjam yang menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman berjumlah RM206.89 juta.

TMJ cabar Sanusi dedah individu 'kawal' Liga Malaysia
TMJ menggesa Muhammad Sanusi agar menceritakan segala-galanya serta mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan oleh beliau.

KKR teliti cadangan bina lebuh raya baharu di Lembah Klang - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan - Hajiji
Hajiji memaklumkan, Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan.

Najib, Shafee gagal dapat kebenaran merayu untuk gugurkan Sri Ram
Mereka gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan.

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan melonjak 53 peratus - MAHB
Purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri.

Bersatu kaji cadangan perkasakan ahli bukan Bumiputera
MPT Bersatu akan kaji cadangan tubuhkan Badan Ahli Bersekutu bagi memperkasakan ahli bukan Bumiputera dalam parti.

Bersatu sedia pinda perlembagaan untuk kaji status ahli bersekutu - Muhyiddin
Parti Bersatu akan membuat perubahan bagi membolehkan ahli bersekutu mempunyai peranan yang lebih bagi memajukan parti.