awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bersihkan' BN, UMNO daripada pemimpin pentingkan diri

Sinar Harian
Sinar Harian
13/09/2022
05:01 MYT
'Bersihkan' BN, UMNO daripada pemimpin pentingkan diri
Pembersihan dalam UMNO perlu dilakukan khususnya melibatkan mereka yang mementingkan diri berbanding perjuangan dan masa depan parti. - Gambar hiasan. Gambar kecil, Othman. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: ‘Pembersihan’ dalam UMNO perlu dilakukan khususnya melibatkan mereka yang mementingkan diri berbanding perjuangan dan masa depan parti.
Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkata, bagaimanapun bukan mudah untuk pembersihan dilakukan kerana ia perlu dibuat mengikut perlembagaan dan peraturan parti agar tidak wujud perpecahan dalam UMNO ketika di ambang persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Justeru menurutnya, mana-mana pemimpin yang sudah lari daripada perjuangan parti perlu muhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan seterusnya memperkukuhkan kembali persepakatan sedia ada.
“Dalam UMNO ramai pemimpin dan perbezaan pendapat perlu dilayani dengan baik cuma jangan mengkhianati parti, khianati perjuangan...jangan buat tindakan yang boleh lemahkan parti.
“Kalau dalam UMNO kena cakap bagi pihak UMNO jangan cakap bagi pihak orang lain. Sedih bila ada pemimpin-pemimpin dalam parti kita sendiri kadang-kadang bercakap dan bertindak melemahkan parti sendiri.
“Kalau marahkan individu jangan salahkan UMNO. Sebab itu mana-mana pemimpin yang terlajak cakap, terleka atau tersilap langkah kembalilah ke pangkal jalan berpakat dan sepakat menghadapi PRU15,” katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membuat pembersihan dalam BN dan UMNO.
Ahmad Zahid memberi bayangan bahawa tindakan pembersihan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.
“Kita tidak mahu ada musang dalam reban ayam. Musang perlu dikeluarkan. Kita tidak mahu ada bangkai tikus dalam telaga kita. Telaga yang ada bangkai tikus airnya tidak boleh diminum,” kata Ahmad Zahid.
Sementara itu, Othman berkata, pihaknya menyokong tindakan yang mahu dilakukan parti bagi membersihkan ‘penyelewengan perjuangan’ selain UMNO perlu terus kukuh menjadi parti yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Katanya, sabotaj dalam UMNO tidak boleh dibiarkan kerana ia adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap perjuangan parti.
“Sebab itu perlu selesaikan sebelum PRU15 ni. (Pemimpin) yang bersalah biarlah dengan hukumannya... pemimpin pergi pemimpin datang.
“UMNO perlu teruskan perjuangan dan jangan ulang kesalahan sama.
“Baik pemimpin UMNO yang ada dalam kerajaan atau tidak, perlu senada, sederap untuk kita bergerak memenangkan parti pada PRU15 nanti,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Othman Desa
#pemimpin parti
#pembersihan dalam UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan