POLITICS
Biarkan Rafizi berhenti, jangan pujuk - Nazri
Mohamed Nazri menempelak Rafizi sebagai punca kegagalan Kerajaan Perpaduan mendapatkan sokongan orang Melayu. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mereka yang tewas dalam pemilihan parti sewajarnya meletak jawatan sebagai menteri, kata veteran politik, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Ringkasan AI
Mengulas peletakan jawatan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli, Mohamed Nazri menegaskan Ahli Parlimen Pandan itu memang sepatutnya melepaskan jawatan dari Kabinet.
Beliau juga menegaskan, mereka yang tewas dalam pemilihan parti hanya perlu maklum secara ringkas meletak jawatan menteri bukan membuat kenyataan media seolah-olah berbangga dengan jawatan yang disandang sebelum ini dan cuba untuk membuka ruang agar ada yang merayu supaya tidak berhenti.
“Dalam bahasa Inggeris ia disebut it's a given, anda perlu berhenti kerana kalah dalam pemilihan.
“Tidak perlu buat kenyataan berjela-jela seperti hanya anda yang paling bagus bila pegang menteri.
“Buat kenyataan panjang lebar selalunya ada muslihat mahu dipujuk agar tidak letak jawatan.
“Saya harap PMX tidak rayu kerana ia akan jadi advantage pula kepada yang mahu berhenti ini.
“Biarkan sahaja kerana ada ramai lagi yang berbakat boleh ditonjolkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bekas duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu turut menempelak Rafizi dalam isu sokongan orang Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan.
Tegas beliau, Rafizi merupakan punca kenapa orang Melayu masih tidak dapat menyokong kerajaan sedia ada.
“Kerana dia gagal sebagai Menteri Ekonomi maka orang Melayu tidak beri sokongan kepada kerajaan.
“Orang Melayu meluat kerana sebelum jadi kerajaan dia banyak formula tetapi bila jadi menteri, satu formula pun tidak ada,” katanya lagi.
Pada Rabu, Rafizi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Ekonomi susulan kekalahannya pada pemilihan pimpinan PKR baru-baru ini.
Rafizi tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
“Saya ucap tahniah kepada Nurul Izzah atas kemenangan dan beliau memang layak untuk jawatan tersebut.
“Pengalaman yang dilaluinya dan usia remaja yang dihabiskan dalam perjuangan parti membuatkan beliau layak untuk jawatan tersebut,” katanya.
Mengulas sikap sesetengah pihak yang kecewa dalam pemilihan hingga sanggup keluar parti, Mohamed Nazri menasihatkan agar berfikir panjang.
Katanya telah terbukti ramai yang bertindak keluar parti kerana kecewa akhirnya tidak akan ke mana.
“Kita kena ingat, sehebat mana pun kita ia tidak sebesar parti.
“Ramai yang keluar parti kerana kecewa tetapi akhirnya tidak ke mana pun.
“Hanya Anwar yang mampu jadi lebih besar dari parti asalnya. Beliau dibuang oleh UMNO dan kini UMNO bekerja di bawahnya,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas kenyataan Rafizi dalam kempennya sebelum ini bahawa ketika menjadi anggota Kabinet, banyak keputusan kerajaan yang tidak dipersetujui tetapi perlu akur kerana terikat dengan keputusan bersama, Nazri menegaskan itu hanya alasan semata-mata.
“Saya pernah jadi menteri selama 19 tahun dan benar keputusan Kabinet merupakan keputusan bersama.
“Saya tak nafikan perkara itu, tetapi kalau Rafizi kata dia seorang yang berprinsip, dia boleh letak jawatan kerana tidak setuju dengan keputusan kerajaan.
“Yang dia cakap dalam kempen baru-baru ini tidak lebih dari nak kata dia bagus dari orang lain,” kataya.
Ringkasan AI
- Pandangan Mohamed Nazri mengenai peletakan jawatan: Veteran politik Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan bahawa mereka yang tewas dalam pemilihan parti sewajarnya meletak jawatan sebagai menteri tanpa membuat kenyataan panjang lebar yang boleh memberi ruang untuk dipujuk agar tidak berhenti.
- Kritikan terhadap Rafizi Ramli: Mohamed Nazri menempelak Rafizi sebagai punca kegagalan kerajaan perpaduan mendapatkan sokongan orang Melayu, dengan menyatakan bahawa Rafizi banyak mengemukakan formula sebelum menjadi menteri tetapi gagal melaksanakannya selepas berada dalam Kabinet.
- Nasihat kepada ahli politik yang kecewa: Mohamed Nazri menasihatkan agar mereka yang kecewa dalam pemilihan parti berfikir panjang sebelum bertindak keluar parti, kerana sejarah menunjukkan tindakan sedemikian sering kali tidak membawa manfaat kepada individu berkenaan.