POLITICS
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan Negeri Sarawak, hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Ringkasan AI
- Kerjasama BN dan PH: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bahawa Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
- Pembahagian Kerusi: Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa tiada pertindihan kerusi antara BN dan PH, dengan setiap parti menggunakan logo masing-masing.
- Kenyataan Rasmi: Ahmad Zahid menegaskan bahawa kenyataan rasmi mengenai kerjasama BN dan PH hanya boleh dibuat oleh ketua gabungan, bukan oleh pemimpin parti individu.
"Kita tidak akan tutup pintu perundingan dan kita juga tidak akan terlalu membuka pintu dengan besar ... hal ini kita adakan rundingan dengan semua kepimpinan dalam parti komponen," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa kenyataan mewakili BN dan PH perlulah datang daripada ketua gabungan dan bukannya daripada mana-mana pemimpin parti.
"Selagi ketua parti gabungan tidak membuat kenyataan, lain-lain itu ialah pendirian individu dan kita (ketua parti) tidak menjadikan hal itu sebagai keputusan parti. Ia (hanya) pendapat (mereka), dan kita (ketua parti) telah selesai (rundingan) pada peringkat parti masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami