[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
POLITIK

BN bermesyuarat malam ini

Astro Awani 23/11/2020 | 11:32 MYT
Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan mengadakan mesyuarat pada jam 8 malam ini.
KUALA LUMPUR:Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan mengadakan mesyuarat pada jam 8 malam ini, di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Memetik laporan Malaysiakini, perkara itu turut disahkan Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan sebarang butir mengenai mesyuarat terbabit.

Difahamkan juga mesyuarat itu akan disertai oleh Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemmuda termasuk ahli Dewan Tertinggi gabungan tersebut.
#BN #Barisan Nasional #mesyuarat #WTC #UMNO #MCA #MIC