BN digantung sementara?
Astro Awani
Ogos 10, 2018 00:16 MYT
Ogos 10, 2018 00:16 MYT
Parti Barisan Nasional (BN) dilapor digantung sementara bagi menerokai kemungkinan menjalin kerjasama politik lain.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam laporan yang dikeluarkan The Malaysian Insights berkata UMNO kini sedang melalui "fasa baharu".
Katanya seperti dipetik portal itu, kesemua parti-parti komponen BN perlu pragmatik, jadi BN perlu melihat kemungkinan untuk bekerjasama dengan parti politik lain.
Astro AWANI cuba mendapatkan Tan Sri Annuar Musa bagi penjelasan lanjut berhubung laporan ini.