awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN Johor kenal pasti formula, strategi menang PRU15

Bernama
Bernama
13/10/2022
09:45 MYT
BN Johor kenal pasti formula, strategi menang PRU15
ONN HAFIZ: Saya yakin pucuk pimpinan sudah melihat formula kemenangan di peringkat negeri seperti PRN Johor dan PRN Melaka sebelum ini dan (formula itu) membuahkan hasil. - Gambar fail/BERNAMA
MERSING: Barisan Nasional (BN) Johor telah mengenal pasti formula dan strategi dalam usaha untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Johor bagi PRU15 Datuk Onn Hafiz Ghazi turut memberi bayangan kemungkinan menggunakan formula dan model dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan Barisan Nasional mengemukakan 70 peratus muka baharu, seterusnya memenangi majoriti dua pertiga.
"Saya yakin pucuk pimpinan sudah melihat formula kemenangan di peringkat negeri seperti PRN Johor dan PRN Melaka sebelum ini dan (formula itu) membuahkan hasil.
"Antaranya adalah untuk menonjolkan muka-muka baharu supaya kita dapat memenangkan kerusi-kerusi yang dipertandingkan tetapi bukan itu sahaja, saya rasa mereka akan melihat kepada manifesto dan perkara yang boleh membawa pembangunan kepada negeri dan rakyat, insya-Allah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Menteri Besar Johor itu merasmikan Majlis Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECERDC Bersama SIRIM dan Universiti Sultan Zainal Abidin serta Pelancaran Program Yayasan Petronas empower ECER Akademik di sini.
Onn Hafiz berkata kestabilan politik di Malaysia terutama di negeri-negeri amat penting bagi membolehkan kerajaan menumpukan kepada usaha memulihkan ekonomi terutama dalam menarik pelaburan baharu.
"Kestabilan politik dan ekonomi antara faktor Johor mencatatkan FDI (pelaburan langsung asing) tertinggi dalam negara," katanya ketika diminta mengulas sama ada senarai nama calon BN Johor bagi PRU15 akan menampilkan muka baharu.
Pada PRN Johor Mac lepas, BN memperoleh mandat besar apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#BN Johor
#Barisan Nasional
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan