POLITIK
BN kekal rakan setia Kerajaan Perpaduan, tidak pernah goyah - Zahid
Ahmad Zahid berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-17 Parti Makkal Sakti di sini hari ini. —fotoBERNAMA
BUTTERWORTH: Barisan Nasional (BN) kekal setia dan tidak pernah goyah sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal, sekali gus menolak sebarang dakwaan bahawa gabungan itu berniat untuk menekan atau menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, BN kekal konsisten mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berperanan sebagai rakan strategik yang melengkapkan agenda pentadbiran negara.
"BN tidak pernah mengugut, tidak pernah goyah, malah tetap setia sebagai rakan setia dalam Kerajaan Perpaduan. Jangan risau soal taat setia BN kepada Kerajaan Perpaduan.
"Kalau orang mahu jumpa kita, kita jumpa orang itu, ia tidak semestinya kita buat keputusan untuk tebuk atap untuk menjatuhkan. BN tetap setia. Sekali setia, tetap setia," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ke-17, di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Presiden Makkal Sakti Datuk Seri RS Thanenthiran.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menekankan bahawa kesetiaan menjadi tonggak utama dalam sesebuah organisasi politik, terutama dalam gabungan besar seperti BN yang berdepan pelbagai ujian sejak sekian lama.
"Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi kesetiaan tidak boleh digugat. Kita diuji ketika menang dengan kuasa dan diuji ketika kalah dengan kesetiaan. Jika seseorang pemimpin tidak setia, jangan harap dia akan mendapat kesetiaan daripada ahlinya," katanya.
Justeru itu, Presiden UMNO itu berkata BN menghargai kesetiaan parti-parti komponen dan parti bersekutu yang terus bersama gabungan itu walaupun berdepan tekanan dan cabaran politik.
Mengulas pelaksanaan dasar kerajaan, Ahmad Zahid berkata BN mahu memastikan segala janji yang terkandung dalam manifesto parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan dilaksanakan sepenuhnya demi kepentingan rakyat.
Sehubungan dengan itu, beliau memaklumkan bahawa satu permukiman melibatkan menteri, timbalan menteri serta kepimpinan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 10 dan 11 Januari depan bagi menilai tahap pelaksanaan manifesto.
"Kita mahu melihat sejauh mana manifesto BN, Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti-parti lain telah dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun pertama ini kerana dijanjikan (dalam manifesto) mesti dilaksanakan, bukan sebaliknya," katanya.
Beliau berkata permukiman itu bertujuan mencari titik persamaan antara manifesto gabungan, khususnya berkaitan kos sara hidup, pengangguran, pendidikan dan keselamatan, serta mengenal pasti perkara yang masih belum ditunaikan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Barisan Nasional (BN) menegaskan kesetiaan dan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, menolak dakwaan cubaan menekan atau menjatuhkan kerajaan sedia ada.
- Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menekankan bahawa kesetiaan merupakan asas utama dalam politik, memastikan manifesto parti-parti gabungan dilaksanakan sepenuhnya demi kepentingan rakyat.
- BN akan mengadakan satu permukiman pada 10 dan 11 Januari untuk menilai pelaksanaan manifesto parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, menitikberatkan isu kos sara hidup, pengangguran, pendidikan, dan keselamatan.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, BN kekal konsisten mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berperanan sebagai rakan strategik yang melengkapkan agenda pentadbiran negara.
"BN tidak pernah mengugut, tidak pernah goyah, malah tetap setia sebagai rakan setia dalam Kerajaan Perpaduan. Jangan risau soal taat setia BN kepada Kerajaan Perpaduan.
"Kalau orang mahu jumpa kita, kita jumpa orang itu, ia tidak semestinya kita buat keputusan untuk tebuk atap untuk menjatuhkan. BN tetap setia. Sekali setia, tetap setia," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ke-17, di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Presiden Makkal Sakti Datuk Seri RS Thanenthiran.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menekankan bahawa kesetiaan menjadi tonggak utama dalam sesebuah organisasi politik, terutama dalam gabungan besar seperti BN yang berdepan pelbagai ujian sejak sekian lama.
"Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi kesetiaan tidak boleh digugat. Kita diuji ketika menang dengan kuasa dan diuji ketika kalah dengan kesetiaan. Jika seseorang pemimpin tidak setia, jangan harap dia akan mendapat kesetiaan daripada ahlinya," katanya.
Justeru itu, Presiden UMNO itu berkata BN menghargai kesetiaan parti-parti komponen dan parti bersekutu yang terus bersama gabungan itu walaupun berdepan tekanan dan cabaran politik.
Mengulas pelaksanaan dasar kerajaan, Ahmad Zahid berkata BN mahu memastikan segala janji yang terkandung dalam manifesto parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan dilaksanakan sepenuhnya demi kepentingan rakyat.
Sehubungan dengan itu, beliau memaklumkan bahawa satu permukiman melibatkan menteri, timbalan menteri serta kepimpinan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 10 dan 11 Januari depan bagi menilai tahap pelaksanaan manifesto.
"Kita mahu melihat sejauh mana manifesto BN, Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti-parti lain telah dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun pertama ini kerana dijanjikan (dalam manifesto) mesti dilaksanakan, bukan sebaliknya," katanya.
Beliau berkata permukiman itu bertujuan mencari titik persamaan antara manifesto gabungan, khususnya berkaitan kos sara hidup, pengangguran, pendidikan dan keselamatan, serta mengenal pasti perkara yang masih belum ditunaikan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah peranan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?
A: BN kekal konsisten mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berperanan sebagai rakan strategik dalam melengkapkan agenda pentadbiran negara. - Q: Apa yang ditekankan oleh Ahmad Zahid mengenai kesetiaan dalam organisasi politik seperti BN?
A: Ahmad Zahid menekankan bahawa kesetiaan menjadi tonggak utama dalam sesebuah organisasi politik seperti BN, di mana kesetiaan tidak boleh digugat walaupun pemimpin berubah. - Q: Apa yang akan dilakukan BN bagi memastikan pelaksanaan manifesto parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan dilaksanakan sepenuhnya?
A: BN akan mengadakan satu permukiman pada 10 dan 11 Januari untuk menilai tahap pelaksanaan manifesto, khususnya berkaitan dengan kos sara hidup, pengangguran, pendidikan, dan keselamatan serta mengenal pasti perkara yang masih belum ditunaikan.