awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN Pahang ketengahkan calon disukai rakyat

Bernama
Bernama
26/06/2017
04:37 MYT
BN Pahang ketengahkan calon disukai rakyat
Katanya bakal-bakal calon terbabit sedang dikenal pasti dan mereka yang berpotensi pula dipantau dari semasa ke semasa.
Barisan Nasional (BN) Pahang hanya akan mengemukakan calon yang disukai rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti bagi memastikan peluang kemenangan yang lebih tinggi, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Katanya bakal-bakal calon terbabit sedang dikenal pasti dan mereka yang berpotensi pula dipantau dari semasa ke semasa.
"Kita kena pilih calon yang orang suka. Kita tidak boleh ketengah calon yang pengerusi atau pucuk pimpinan suka... kalau ambil calon yang kita suka, tapi orang ramai tak suka, itu berat kepada parti (untuk menang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mengenai permohonan beberapa parti komponen agar mereka diberikan kawasan tertentu untuk ditandingi pada PRU-14, beliau berkata perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya hanya boleh memberi pandangan, tetapi tiada masalah kerana hal itu sudah pasti dapat diputuskan atas semangat setiakawan yang ada dalam BN," katanya, menambah jentera parti juga telah bersedia untuk menghadapi PRU-14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#calon
#menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan