[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
POLITIK

BN, pembangkang tidak puas hati, bukti SPR adil - Hamzah

Hafiz Marzukhi 22/09/2016 | 05:23 MYT
HAMZAH: Mana-mana parti yang kurang berpuas hati di sesetengah kawasan boleh kemukakan bantahan mereka. - Gambar fail
Jika parti-parti, baik dari Barisan Nasional dan pembangkang membantah beberapa kawasan cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini membuktikan badan tersebut telah melaksanakan tugasnya secara bebas.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan cadangan tersebut boleh tampil untuk mengemukan bantahan mereka.

"Saya percaya SPR sudah melakukan tugasnya sebaik mungkin. Mana-mana parti yang kurang berpuas hati di sesetengah kawasan boleh kemukakan bantahan mereka," kata Hamzah selepas ditemui di majlis perasmian Persidangan Tahunan Majlis Perundingan Melayu (MPM) di ibu negara di sini.

Sebelum ini, telah dilaporkan beberapa parti telah menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan persempadanan semula.

Antara parti-parti tersebut adalah semua ahli Pakatan Harapan serta Gerakan, MCA dan UMNO dari Barisan Nasiol.



#Bantahan #Hamzah Zainuddin #persempadanan semula #SPR