Insiden Pelajar Perempuan Maut Ditikam di Sekolah - Ikuti info terkini di sini
POLITICS

BN, PH sepakat kerjasama hadapi PRN Sabah

Astro Awani 09/05/2025 | 03:50 MYT
PH dan BN bersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.


Ringkasan AI
  • Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
  • Kesepakatan ini diumumkan dalam kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Bentuk kerjasama termasuk pengagihan kerusi dan perundingan dengan parti lain akan diperincikan bersama antara kepimpinan PH dan BN Negeri Sabah, dan keputusan akhir akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan.


Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, pada Jumaat.

Menurut kenyataan tersebut, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mencapai kesepakatan itu dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi pada Khamis.

“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama antara kepimpinan PH dengan BN Negeri Sabah.

“Segala keputusan akan dimuktamadkan kepimpinan tertinggi PH dan BN pada peringkat kebangsaan,” menurut kenyataan itu.




#Ahmad Zahid Hamidi #Anwar Ibrahim #PRN Sabah #BN