POLITIK
BN sedia lakukan penjenamaan parti seiring perkembangan semasa - Zahid
AHMAD ZAHID: Tiba masanya setelah kita mengadakan perbincangan dalam Dewan Tertinggi BN, sama ada untuk melakukan penjenamaan semula atau mempunyai satu bentuk entiti yang berbeza daripada sekarang. -Foto Bernama
BUTTERWORTH: Barisan Nasional (BN) bersedia untuk melakukan penjenamaan semula atau membentuk satu entiti baharu selaras dengan perkembangan landskap politik semasa dan kekangan peruntukan perlembagaan gabungan itu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Dewan Tertinggi BN memandangkan perlembagaan gabungan yang digubal sejak 51 tahun lepas menetapkan sebarang perubahan hanya boleh dibuat dengan persetujuan sebulat suara semua parti komponen.
"Kemasukan parti-parti Friends of BN atau dikenali sebagai ahli bersekutu BN untuk menjadi ahli teras tidak dapat dibuat disebabkan oleh kekangan pada Perlembagaan BN itu.
"Tiba masanya setelah kita mengadakan perbincangan dalam Dewan Tertinggi BN, sama ada untuk melakukan penjenamaan semula atau mempunyai satu bentuk entiti yang berbeza daripada sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ke-17, di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Presiden Makkal Sakti Datuk Seri RS Thanenthiran.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau menghargai ketaatsetiaan dan kesabaran rakan-rakan pimpinan dalam Friends of BN sehingga perubahan dalam BN dilakukan.
BN hanya mempunyai empat parti teras, iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), manakala Friends of BN berada dalam kategori parti bersekutu.
Mengenai status MIC dalam BN, beliau berkata setakat ini tiada keputusan muktamad dibuat mengenai kedudukan parti itu, walaupun tersebar salinan surat berhubung permohonan semula parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).
"Kita tahu bahawa MCA dan MIC berada dalam perikatan ketika kemerdekaan dituntut dan BN yang mempunyai sejarah tujuh dekad.
"Kalau kepimpinan sekarang memutuskan sebaliknya kerana perwakilan telah memberikan kuasa mutlak kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan, maka saya ingin mengulangi bahawa jika mereka (MIC) tidak dapat membuat keputusan, kami akan buat keputusan," katanya.
Menyentuh pendirian MCA yang menyatakan ketidakselesaan bekerjasama dengan DAP, Ahmad Zahid berkata sebagai sebuah gabungan, BN sentiasa mengutamakan kepentingan parti-parti komponennya, termasuk dalam rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Barisan Nasional (BN) akan pertimbangkan penjenamaan semula entiti atau pembentukan entiti baharu selaras dengan keperluan politik semasa serta kekangan perlembagaan gabungan itu.
- Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perlunya perbincangan dalam Dewan Tertinggi BN berkenaan penstrukturan semula ini, memandangkan sebarang perubahan memerlukan persetujuan semua parti komponen.
- Beliau menekankan kepentingan menilai semula kemasukan parti Friends of BN dan memberi jaminan mengenai kedudukan MIC dalam gabungan itu, sambil menegaskan keutamaan BN ialah mengekalkan keharmonian parti komponennya.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Dewan Tertinggi BN memandangkan perlembagaan gabungan yang digubal sejak 51 tahun lepas menetapkan sebarang perubahan hanya boleh dibuat dengan persetujuan sebulat suara semua parti komponen.
"Kemasukan parti-parti Friends of BN atau dikenali sebagai ahli bersekutu BN untuk menjadi ahli teras tidak dapat dibuat disebabkan oleh kekangan pada Perlembagaan BN itu.
"Tiba masanya setelah kita mengadakan perbincangan dalam Dewan Tertinggi BN, sama ada untuk melakukan penjenamaan semula atau mempunyai satu bentuk entiti yang berbeza daripada sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ke-17, di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Presiden Makkal Sakti Datuk Seri RS Thanenthiran.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau menghargai ketaatsetiaan dan kesabaran rakan-rakan pimpinan dalam Friends of BN sehingga perubahan dalam BN dilakukan.
BN hanya mempunyai empat parti teras, iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), manakala Friends of BN berada dalam kategori parti bersekutu.
Mengenai status MIC dalam BN, beliau berkata setakat ini tiada keputusan muktamad dibuat mengenai kedudukan parti itu, walaupun tersebar salinan surat berhubung permohonan semula parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).
"Kita tahu bahawa MCA dan MIC berada dalam perikatan ketika kemerdekaan dituntut dan BN yang mempunyai sejarah tujuh dekad.
"Kalau kepimpinan sekarang memutuskan sebaliknya kerana perwakilan telah memberikan kuasa mutlak kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan, maka saya ingin mengulangi bahawa jika mereka (MIC) tidak dapat membuat keputusan, kami akan buat keputusan," katanya.
Menyentuh pendirian MCA yang menyatakan ketidakselesaan bekerjasama dengan DAP, Ahmad Zahid berkata sebagai sebuah gabungan, BN sentiasa mengutamakan kepentingan parti-parti komponennya, termasuk dalam rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menjadi faktor utama yang mendorong Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan penjenamaan semula atau membentuk entiti baharu?
A: Faktor utama yang mendorong BN untuk pertimbangkan penjenamaan semula atau entiti baharu adalah perkembangan landskap politik semasa dan kekangan peruntukan perlembagaan gabungan itu. - Q: Berapakah jumlah parti teras yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) dan siapakah mereka?
A: Barisan Nasional (BN) mempunyai empat parti teras iaitu UMNO, MCA, MIC, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). - Q: Apakah status parti MIC dalam BN mengenai permohonan mereka untuk menyertai Perikatan Nasional (PN)?
A: Setakat ini, tiada keputusan muktamad dibuat mengenai kedudukan parti MIC dalam BN walaupun permohonan semula parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) telah diterima. - Q: Mengapakah Barisan Nasional (BN) mengutamakan kepentingan parti-parti komponennya dalam rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang?
A: BN mengutamakan kepentingan parti-parti komponennya dalam rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang kerana sentiasa memprioritikan kepentingan parti-parti komponen dalam keputusan rundingan.